2010 is around the corner




Hari ni 30 December 2009, tinggal 1 hari aje lagi 2009 akan melabuhkan tirainya. Rasanya baru semalam celebrating a new year 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah pun nak abis tahun 2009. Banyak rasanya lagi yang belum achieve ni. Ish! Apa pun ianya bukanlah such a big deal bagi ummi sebab yang tak tercapai tu memang misi jangka panjang pun yang memerlukan masa lama untuk dicapai. So, tidak menjadi kegusaran lah bagi ummi.

365 hari yang dilalui dalam tahun 2009 ini memang banyak kenangannya. Ada yang manis, ada yang pahit. Dan ada juga yang mencalar hati ini..heheh...jiwangs lah pulak. Dari segi politik negara Malaysia pun, banyak peristiwa-peristiwa yang tak dapat dilupakan. Antara PR dan BN..semuanya sama aje. Ko tuduh aku, aku tuduh ko. Paling memualkan adalah pasal kehilangan enjin jet pejuang...bukan satu tapi dua..senangnya enjin tu lesap, setelah sekian lama baru disedari. Apakah ada agenda politik disebalik kehilangan ini? Wallahuallam. God knows!

Dah dekat hujung tahun ni, maka ramailah yang memasang azam sempena tahun baru. Nak buat itu lah, nak buat inilah. Oklah tu. Up to you guys. Masing-masing punya hal, ummi sibuk apa. Cuma, jangan azam tinggal azam aje lah...hangat-hangat tahi ayam kata oranng. Doa ummi hanya satu aje, semoga dengan kehadiran tahun baru ini, negara kita akan lebih aman dan harmoni tanpa kacau-bilau dan mogok sana, mogok sini, demo sana, demo sini. Di Parlimen pulak, para YB kita tak ada lah saling mencerca antara satu sama lain. Jelak ummi tengok gelagat sesetengah MPs ni di dalam Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat. Gelagat mereka seolah-olah bukan sebagai wakil rakyat, tetapi wakil diri sendiri. Syok sendiri!

Apa lagi nak tulis yer. Harap-harap biznez ummi tahun 2010 ini akan bertambah maju. Dan bertambah kaya haha!

Pasal blog ni, blog ni ummi sebenarnya tak kisah pun rating nya tinggi atau tidak sebab ummi puas dapat menulis kat blog. Berbanding dengan Facebook dan Twitter, ummi masih setia dengan blog. Sebab blogku, rumaku, syurgaku...haha..ummi boleh tulis apa sahaja yang ummi nak tulis, tapi tak de lah sampai nak kondem atau caci maki orang..tak baik tau! Dengan blog ni jugalah ummi cari makan sikit-sikit. Best kan, blogging pun boleh buat duit.

InsyaAllah, ummi dalam proses merangka strategi untuk suatu projek bagi tahun 2010. So..tunggu...rajin-rajinlah datang ke blog ini untuk mengetahui perkembangan projek ummi pada tahun 2010 nanti.

Hmmm..esok anak ummi yang sulung ada orientasi Darjah 1. Seronok sangat tengok dia so excited nak pergi sekolah. Baju semua dah siap bergosok, beg dll... itu lah dia, anak-anak. Mereka seronok, ummi pun bahagia.

Jadi, rasanya setakat ini dulu. jumpa lagi..bye


Read More Add your Comment 2 comments


PMR Straight A? Fuyo!




Hari ni ummi rasa terpanggil nak berkongsi pandangan tentang keputusan PMR yang baru diumumkan. Jadi, apakala selepas result tu diumumkan, maka akan kelihatan lah yang bersorak gembira, meraung meratapi kegagalan. Calon yang dapat A berderet-deret tu tentunya tersenyum banggo...sengih meleret sampai ke telinga. Tatkala yang kurang A tu, meleleh menangis air mata hampir sebaldi. Adatlah tu, ada yang score ada yang tidak score. Adakah itu takdir? Pasti ada yang merungut, "aku dah habis pulun sebelum exam, bersengkang mata sampai ke dinahari tapi kenapa result teruk". Tak puas hati ..macam-macamlah.

Jadi, dikesempatan ini, ummi nak ucapkan tahniah kepada yang cemerlang, dan kepada yang sedang-sedang saja tu usahlah kecewa, tingkatkan lagi usaha.

Cuma apa yang ummi risaukan sekarang adalah, adakah kecemerlangan akademik tu dapat menjamin moral dan akhlak para remaja kita hari ini. Memang, mereka ni amat cemerlang dalam akademik. Cuma, takut nanti tersasar dari landasan yang sebenar jika kurang diterapkan nilai-nilai murni dalam diri. Jangan hanya dengan mengandaikan anak kita sudah cemerlang dalam akademik maka secara automatik dia orang akan cemerlang juga dalam melayari hidup yang amat memerlukan pertimbangan yang wajar. Apa itu pertimbangan yang wajar? Maksudnya di sini, pertimbangan terhadap pengaruh persekitaran yang banyak buruk dari baiknya. Amat malang sekali jika anak-anak yang amat cemerlang dalam akademik ini tersilap langkah. Jangan sesekali kita andaikan, anak yang cemerlang akademik ini mampu menepis segala dugaan yang datang. Jadi, adalah langkah yang bijak jika kita sedari awal membina benteng yang teguh dan padu dengan menyemai nilai-nilai Islam agar sentiasa menjadi pegangan dalam setiap keputusan.

Kejadian-kejadian melahirkan anak luar nikah yang semakin berleluasa hari ini; yang terlibat itu bukannya dari calang-calang orang, ada yang berpendidikan tinggi, cemerlang dalam akademik, tapi kenapa boleh jadi macam tu? Renung-renungkanlah. Pokok pangkalnya adalah PEGANGAN AGAMA. Kesemua ini terjadi akibat kurangnya pegangan agama yang boleh menjadi benteng kepada godaan nafsu serakah. Bila pegangan agama kuat, perkara-perkara sebegini dapat dielakkan. Tahu mana dosa mana pahala. Tahu hukum hakam. Tahu dimana nilai harga diri.

...hingga jumpa lagi.


Read More Add your Comment 0 comments


Makin Menjadi-jadi!




Aduyai, dalam sibuk-sibuk orang ramai nak sambut tahun baru 2010, banyak betul berita sedih yang menyayat hati. Hiba hati bila newscaster memulakan berita-berita ni. Apa berita ni.

Pertama : Kemalangan maut.
Kedua : Pembuangan bayi.

Kemalangan maut.
Terlebih dahulu ummi nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan bas Xpress Sani, yang telah meragut 10 nyawa tu. Sedih kaum keluarga bukan kepalang. Ada yang nak balik bertunang, ada yang nak balik tengok result periksa. Aduyai! Hati mana tidak sedih. Tapi apakan daya, ajal & maut kita tak tahu. Maut datang bila-bila saja ..tidak lewat atau cepat walau sesaat. Ummi kadang-kadang terfikir sendirian,perlukah kita menyalahkan driver bas yang terlibat? Dia pun bukannya nak kejadian ini berlaku. Dia mengaku terlelap...then what? salah ker dia sebab terlelap. ummi sendiri pun kadang-kaang hampir terlelap sewaktu memandu. Ummi masih ingat sewaktu drive nak balik kg utk raya dalam bulan Ramadhan, mata ummi memang terbuka sepanjang memandu tu..tetapi tiba-tiba aje ummi rasa kereta tu dah pun makan bahu jalan...seolah-olah ummi memandu dalam mimpi. jadi, ummi tak nak ambik risiko utk teruskan perjalanan, lebih2 lagi penat puasa agaknya. So, ummi just berenti tepi jalan, cuci muka...rehat, took some fresh air,kasi kereta rehat kejap, then baru sambung perjalanan. Tak tahu lah ummi dalam kes bas Sani ni, may be that driver rasa dia boleh bertahan sehingga shift dengan the other driver. Entahlah...

Kedua, Pembuangan bayi. Lagi ummi sedih ni. Luluh hati ummi bila tengok jasad bayi yang cukup sifatnya dicampak, dibuang begitu sahaja macam mereka tu tak dak hak nak hidup kat bumi Tuhan ni. MasyaAllah, mengucap panjang ummi tengok jasab kecil itu. Aduyai manusia, tergamak hangpa buat macam ni no. Hilang sudah perikemanusiaan, nilai kasih sayang. Mana pergi didikan agama kalian? Inilah bahananya bertuhankan nafsu. Entahlah....


Read More Add your Comment 1 comments


Peluang Buat duit hanya dengan klik iklan.- jadi ahli PERCUMA




Baca tajuk post ni pun dah best kan. Memang best pun. Program ni saa terjumpa setelah merayau-rayau ke serata dunia dengan hujung jari saya. Bila saya teliti macam mana mekanisme program in, saya dapati ianya sangat mudah dan menarik. Apa tidaknya, apa yang perlu anda lakukan hanyalah lawati setiap iklan laman web yang tertera. Tertera di mana? Hanya yang menjadi ahli saja dapat melihat iklan laman web ini. Jadi, segeralah daftar jadi ahli Linkgrand.com sebab ianya percuma saja. Lepas daftar, barulah anda akan dapat lihat iklan-iklan yang dipamerkan. Lepas tu...buat duit la.

Yang best lagi program Linkgrand.com ni, kita boleh request payout kita dengan jumlah minimum terkumpul dalam akaun kita sebanyak $5.00, bayaran adalah melalui PayPal dalam masa 24 jam company akan transfer ke akaun PayPal kita. Kalau belum ada akaun PayPal..jangan risau ..anda boleh buka akaun di sini.

Jadi, kalu anda rasa nak buat side income sambil2 layan internet tu boleh ler join di sini.

LinkGrand.com


Alhamdulillah, saya baru aje join dalam tempoh tak sampai 1 hari, dah dapat $2.00. Ok lah tu...sambil baca email dan update blog saya, dapat la jugak RM7.00...sapa nak bagi?

Ayuh, kita ber"LinkGrand".


Read More Add your Comment 0 comments


Resepi : Serunding Daging - Mengancam ni!




Bahan-bahan:
150 gm daging lembu, hiris nipis melawan jalur
1 cawan kelapa parut
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar – bakar tanpa minyak
3 bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh udang kering
2 sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia dan udang kering.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak berasap, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Jika kuah kering sebelum daging empuk, masukkan air mendidih secukupnya. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Masak atas api kecil hingga kering dan daging empuk.
  5. Masukkan juice asam jawa dan kacau sehingga kering.


Read More Add your Comment 0 comments


TV Series : Numb3rs Season 6




Read More Add your Comment 0 comments


Movie : Smallville




Read More Add your Comment 0 comments


Bugs Fixed!




Hah! Finally, bugs has been fixed. It was a technical problem while i tried to change something on posting format. But, alhamdulillah, everything is going back to normal now. Biasa lah, saya ni suka godek sana sini. Try & error is mine ..heheh...


Read More Add your Comment 0 comments


Movie Review: Avatar




Filem Avatar, jalan ceritanya agak serius all the way. Tetapi dari segi rekacipta 3Dnya amat menarik. Suatu bentuk pengarahan yang amat bijak. Dari perspektif hiburan, bagi saya ianya biasa sahaja. Mungkin pandangan anda berbeza.

So, 3 bintang untuk Avatar.


Read More Add your Comment 0 comments


Movie Review: Zombieland



Zombieland


Zombieland...dah tengok ker belum?
Sedikit review dari saya pasal movie ni. Cerita ni nak kata seram tak lah seram sangat. Dah nama pun seram-kelakar. But at the beginning ada ler sikit-sikit seram..not for adult lah..tapi for kids memang takut jugak lah. After a while tengok cerita ni, rasa takut terus hilang. Nak kelakar...tak juga..biasa aje...cuma ada masanya scene cerita ni agak menjijikkan lah. Sebab ada adegan zombie sedang makan perut orang...darah bersepah-sepah sana sini.

Overall, saya bagi 3 bintang aje. Happy watching!


Read More Add your Comment 0 comments


Movie : Cloudy with a Chance of Meatballs




Read More Add your Comment 0 comments


Video Clip : Si Pencuri Kantoi!



Video yang you tengok ni adalah kejadian mencuri oleh seorang lelaki India @ our restaurant. Konon-kononnya this guy (dah tua dah ni..) order roti canai. Then you all tengok lah sendiri gelagat dia...

Video Part I : Gelagat Si Pencuri




Ooopsss...kantoi jugak akhirnya.



Video Part II : Gelagat Si Pencuri [sambungan] - aksi suspek tu di"spot check" oleh askar-askar kami...


Read More Add your Comment 0 comments


Maal Hijrah 1431




Assalamualaikum wbt. Rasanya tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1431 kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga dengan tibanya tahun baru Islam ini, kita akan tawadduk dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Apa yang kurang sebelum ini dalam amal ibadah, marilah kita sama-sama beriktikad dalam diri masing-masing untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari yang sebelum.

Andai kata, dulu kita sering melambat-lambatkan solat dengan sengaja tanpa ada sebab yang munasabah, marilah kita sama-sama meninggalkan tabiat lama itu yang terang dan nyata ianya suatu yang tidak sihat. Andaikata kita sering mengabaikan merungut dalam melaksanakan amanah yang diberi, ayuhlah kita ubah perangai itu, niatkan dalam hati, apa yang dilakukan itu adalah kerana Allah swt untuk agama, bangsa dan negara. Semoga kerja-kerja atau tugas-tugas yang dilakukan itu akan dikira sebagai ibadat yang ikhlas dari kita. Semua ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan-kawan blogger semua.

Akhir kata, salam maalhijrah 1431. Semoga hidup kita sentiasa dilandasan yang diredhai Allah swt. Amin!


Read More Add your Comment 0 comments


Blogging untuk kepuasan




Ramai orang tanya, tak jemu ker asyik blogging aje. Saya gelak aje. Senyum..senyum sambil geleng kepala. Lantas saya pun jawab. "Blogging tu kan hobi aku, apa yang nak jemunya". You all mesti ada hobi masing-masing kan. Jadi, adakah anda akan boring dengan hobi anda tu. Lainlah kalau hobi tu anda tukarkan ia menjadi rutin..mesti boring, betul tak? Apa beza hobi dengan rutin? Pulak..tak tahu? betul tak tahu. Hobi tu hanya dilakukan bila anda ada kelapangan. Sebaliknya rutin adalah perkara yang perlu anda lakukan tia-tiap hari.

Sebenarnya, blogging tu bagi saya ni adalah untuk kepuasan saya sendiri. Tak tahu lah orang lain. Disamping untuk kepuasan, blogging pun boleh buat side income juga. Jadi, boring ker duit masuk smabil-sambil blogging..hehe. Dalam zaman sekarang ni, orang blogging lebih kepada untuk menjana pendapatan sampingan diinternet. Rugi besarlah kalau anda masih lagi ditakuk lama, dengan mengatakan blogging itu buang masa dan tak mendatangkan sebarang faedah.

Jangan tak tahu, ramai blogger diluar sana yang sanggup berhenti kerja dengan gaji 4 angka sebulan semata-mata untuk menjadi fulltime blogger. Income mereka..laaagggiiiiii banyak dari gaji mereka 9 to 5 routine dulu. Huh! Apa lagi anda nak kata. Fakta yang tak dapat disangkal blogging ni memang hebat kalau betul caranya. Seriuously, saya memang menyesal sangat-sangat sebab kalau dari dulu saya tahu blogging ni boleh buat duit..isk! Tapi tiada istilah "too late" dalam kamus hidup seorang usahawan, yang penting mesti bertindak sekarang juga.

Sekarang ni, bagai cendawan tumbuh selepas hujan, banyak betul saya tengok blog-blog yang dibina untuk mempromosikan produk-produk diinternet. Sebab apa...pertama; dengan blog kos untuk mempromosikan produk anda amat rendah sekali,in fact tak keluaar satu sen pun. kedua;promosinya boleh ke serata dunia..tanpa sempadan.semua orang boleh tengok rupa betuk produk anda. ketiga; promosi yang cepat dan pantas lagi effective sebab semua orang kebanyakannya mempunyai email. Berita atau info pasla produk tu boleh sampai hanya dalam beberapa saat aje. Keempat; sebenarnya jika anda sudah ada blog promosi produk anda sendiri, anda tidak perlu lagi nak ada premis yang perlu dibayar sewa setiap bulan. Cukuplah dengan rumah anda. Jelas tak betapa besarnya pengaruh blog dalam dunia pemasaran hari ini.

Ok, saya yakin anda juga ada keinginan untuk mempunyai blog sendiri. Jika kurang ilmu, internet umpana gedung ilmu tanpa sempadan, cari aje, pasti dapat. Cuma kemahuan anda aje.


Read More Add your Comment 0 comments


Comment War Contest (CWC)




Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Saya amat berbesar hati dengan kunjungan anda ini. Jadi untuk menghargai segala komen/pendapat anda, mulai Januari 2010, saya akan menjalankan satu contest yang diberi nama "Comment War". Ianya terbuka kepada semua warga Malaysia tidak kira peringkat umur.


Konsep peraduan:


  1. Saya akan membuat posting (tidak tentu masa) berdasarkan topik-topik yang saya kira relevan yang tidak akan sesekali menyentuh sensitiviti sesiapa sahaja.
  2. Anda hanya perlu memberikan komen/pendapat yang logik yang tidak menyentuh isu-isu sensitif sesiapa sahaja. Komen atau pendapat anda tidak boleh hanya mengandungi ayat-ayat seperti: ooo...ok...no komen, good work...keep it up dan yang setara dengannya.Komen anda sekurang-kurang reflect terhadap topik posting berkenaan dan panjang komen anda sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
  3. Saya berhak untuk mengabaikan komen anda jika mengandungi unsur-unsur yang tak bersesuaian dengan adat ketimuran budaya kita.
  4. Setiap komen yang terpilih dan paling banyak bagi setiap topik posting dikira sebagai pemenang.
  5. Seorang peserta hanya boleh membuat satu komen sahaja bagi setiap posting. Jadi, selalulah berkunjung ke SuaraUmmi untuk memastikan anda menjadi orang pertama yang membuat komen terhadap posting terbaru.
  6. Setiap komen anda yang diterima bernilai RM0.10
  7. Jumlah terkumpul minimum RM10.00 akan dibayar terus ke akaun anda jika anda terpilih sebagai pemenang untuk tempoh pertandingan ini.
  8. Tempoh peraduan adalah bermula dari 1 Januari - 31 Januari 2010.


Sebarang kemusykilan boleh tanya di ruangan komen posting ini.


Read More Add your Comment 0 comments


Bola : Malaysia vs Vietnam





Bahang makin terasa. Tepat jam 6.00 pm nanti, perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dengan negara tuan rumah Vietnam akan berlangsung. Macam-macam prediction yang dibuat. Ada kata Malaysia akan membenam Vietnam dengan kemenangan 3-1, ada pula 2-0, macam-macam lah. Kadang-kadang nak nak tergelak pun ada bila ramai pulak jadi "nujum pak belalang". Teringat kisah Belalang yang sedang ditayangkan di Astro Ceria...feveret anak saya la tu. Apa=apapun, kita lihatlah nanti apa kesudahannya. Kalah menang biasa lah tu. CUma apa yang saya harapkan adalah persembahan yang terbaik dari sebelum ini. Jangan lagi ada yang "tunjuk taring" kat padang. Tak suka..tak suka..tak suka. Usahlah tunjuk samseng dipadang. Buktikan dengan semangat kesukanan.

Tapi, saya agak kurang sikit dengan team bola sepak malaysia ni.kenapa? sebab depa ni tak konsisten, kejap main OK, kejap main macam budak sekolah, macam tak de training dan tactical strategy langsung. may be that one of the reason malaysia can not go international. Alasan fizikal yang agak kecil berbanding dengan international, saya rasa itu bukan alasannya, sebab ini main bola bukannya nak bergusti kat padang. Sometimes, main bola pun nak kena pakai otak gak. Orang kecik boleh kalahkan orang besar apa. Yang penting strategi bukan emosi!

So, apa-apa hal pun all the best to Malaysia team. Semoga berjaya!


Read More Add your Comment 0 comments


A New Kia Forte





Style in Motion

Sporting stylish and aggressive design cues, the new Kia Forte firmly establishes itself as a strong contender in its segment. With a bold look set apart by crisp lines, swept-back headlamps and a sleek profile, Kia Forte exudes a confident stance that conveys motion both while cruising the highway and parked in the driveway. Available in three trim levels (LX, EX and SX), Kia Forte offers a sleek, sophisticated design. The sportier SX trim offers a more athletic profile with 17-inch alloy wheels paired with P215/45R17-sized premium tires and a rear spoiler.

Smooth and Comfortable Ride

With a wheelbase of 104.3 inches, an overall length of 178.3 inches, an overall width of 69.9 inches and overall height of 57.5 inches, Kia Forte offers one of the roomiest interiors in its class with seating for up to five passengers. The Kia-engineered body achieves high torsional stiffness giving Kia Forte better handling, smoother ride quality and greater refinement than its competitors, with a specially tuned suspension adjusted perfectly for responsive handling on curvy roads. Additional refinements are fitted throughout Kia Forte to help ensure a comfortable ride with good noise, vibration and harshness (NVH) reduction qualities.

...tergoda betul!!!


Read More Add your Comment 0 comments


Kahwin!





Alhamdulillah, banyak sungguh jemputan kenduri kahwin, maklum lah tengah cuti sekolah ni. Maka ramai lah orang kahwin. Tak putus-putus undangan diterima. Every weekend aje, dapaur kat rumah tak payah lagi nak berasap. Seronok juga makan kenduri ni. Tengok pengantin, teringat zaman dulu-dulu masa baru-baru kahwin.Macam-macam perasaan ada, gembira, malu, nervous, rasa nak pitam, nak terkencing terberak...macam-macam lah. But so sweet. Seronok sangat digelar "Raja Sehari"..tak tahu lah sesuai tak untuk pengantin perempuan digelar "Raja Sehari". Whatever.

Yang bestnya, pasangan yang kahwin tu dari latar belakang adat yang berbeza lagi seronok sebab dapat merasa pelbagai kelainan masakannya. Dan boleh lihat perbezaan cara kenduri itu dilaksanakan. Memang best!

Tapi, sekarang kan tengah hot pasal "mas kahwin" kat Selangor yang dah dinaikkan kepada RM300 berbanding agak rendah sebelum ini. Apa nak dikato. Zaman dah berubah. Jadi macam-macam perkara lah berubah. Ada yang setuju, ada tak setuju, well..normal lah tu. Mungkin pihak yang berwajib telah mengkaji buruk baiknya kenaikan mas kahwin itu. Mahal atau murah mas kahwin bukan soalnya. Kalau dah sayang, apa aja sanggupkan. Lautan api sanggup ku redah..haha..betul ker?

Jadi, kepada pasangan-pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, hari ini, esok atau dalam masa terdekat ni...selamat menempuh alam berumahtangga ye. Sabar itu lah kuncinya dalam melayari bahtera rumahtangga. Jangan mudah nak melenting atau merdang bila ada yang tak kena. Seeloknya berbincang hati ke hati. Memanglah awak tu dah kenal pasangan awak but lain bila dah tinggal sembumbung ni. Thing will be different...totally different.


Read More Add your Comment 0 comments


New looks!!!



I, finally managed to changed the layout and some graphics with new feature added for this blog. But, still got some bugs..syyyyy!!!

So, any comment or suggestion about this new design?

What else want to put here? I tried to think as a visitor, prospect as well :)

is it user friendly enough? Or need to changed here and there?

Time now is 8 minutes after 12midnight. Why I'm not yet sleepy? Oh ya, I just had a KKD just now. No wonder lah mata tak mengantuk lagi.


Read More Add your Comment 0 comments


Restoran Resipi Bonda




Selamat Datang ke Restoran Resepi Bonda. Kami ada menyediakan pelbagai menu yang membangkitkan selera anda. Masakan lauk-pauk campur dan sup-sup yang lazat, roti canai (semestinya), minuman panas dan sejuk, ABC dan macam-macam masakan goreng (sebelah malam sahaja). Jika anda berkunjung ke Pekan Kapar, jangan lupa singgah di RRB, berhadapan dengan Bangunan UMNO Bahagian Kapar. Untuk yang tak tahu, ianya on the way ke Kuala Selangor kalau dari Klang atau dari Setia Alam/Shah Alam.

Sehingga itu, kami menanti kunjungan anda.


Read More Add your Comment 0 comments


Bersih & Menarik





Pantai Bukit Kluang, Terengganu..kebersihan yang patut & wajib dipelihara. Lihat lah airnya yang bersih dan jernih.

Saya memang suka lah manid laut. Setiap kali balik kg..pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berendam dalam air laut yang bersih ini. Anda patut pergi suatu hari nanti, nikmati sendiri keindahan laut di Bukit Keluang.


Read More Add your Comment 1 comments


Aku fanatik TGNA? Tak semestinya BUT ...





UMNO Bakal Pecah Perutnya

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Setelah menerima memo bantahan bertulis yang disampaikan oleh setiausaha saya, maka sahlah yang di luar pintu sana ada sekumpulan orang yang sedang berbuat bising. Saya tidak pasti sama ada mereka mendapat permit, katanya dari sasaran yang dihajatkan 2,000 orang peserta, tetapi rupanya yang tiba hanya sekadar 200 orang sahaja.

Hairannya orang Umno Pasir Mas yang mengetuai penghantaran memo bantahan tersebut dan bukan Umno negeri. Kenapa boleh jadi begitu?

Mereka menggunakan topeng Jemaah Rakyat Perihatin Kelantan di kepala suratnya. Ini lagi pelik. Sudah malukah menggunakan nama Umno sehingga berselindung di sebalik JRPK? Jika tidak salah saya, ada satu lagi topeng yang selalu di gunaka oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang disebut Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Sudahlah begitu, senaskah CD yang ada disebut kononnya disertakan bersama memo ITU untuk dijadikan bahan bukti khutbah Hari Raya saya, tidak pula disertakan.

Belumpun saya meneliti butir kandungan bantahan itupun saya sudah dapat menyukat betapa tidak terutusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan yang kukuh lagi sah. Apa tidaknya, masaalah menantu saya di PMBK sudah beres, malah tajaan haji saya juga sudah selesai.

Setelah membelek memo dua muka surat yang ditandatangani oleh empat orang, manakala 18 lagi tidak bernama dan tidak bertandatangan, maka hati saya sudah tawar untuk membaca kandungannya.

Apapun, setelah membacanya sepintas lalu, terdapat dua tuntutan yang dibawa oleh mereka, iaitu; Pertama, meminta saya menarik balik dan memohon maaf di atas ‘doa kemusnahan ke atas pemimpin Umno’ yang tidak memberi royalti kepada rakyat Kelantan.

Kedua, mendesak saya supaya meletak jawatan Menteri Besar.

Menyentuh tuntutan pertama, mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno selaku orang nombor satupun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik.

Dalam hal ini, jika mahu menganalisa dan mengulas doa saya, maka ia hendaklah mengambil doa itu keseluruhan. Kenapa tak sebut doa saya meminta dan memohon kepada Allah SWT diperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri supaya menerima Islam yang syamil.

Dari segi Islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw sendiri yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

Jika kita membuka himpunan hadith dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini: "Wahai Tuhan, tolong balas bela, ke atas mereka yang zalim."

Maksud doa yang hampir sama ini juga turut terkandung dalam Qunut Nazilah berbunyi: "Wahai Tuhan, musnahkan golongan kafir dan munafiq".

Kita kena faham bahawa selain daripada orang-orang kafir yang melawan Nabi saw, orang munafik juga ramai. MariOleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS kita bersama-sama menyemak dua ayat ini:

1. "Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga memasuki perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalu kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. - (Surah An Nisa’: Ayat 140)

2. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka'. - (Surah An Nisa': Ayat 145)

Dengan ini tidak hairanlah di dalam permulaan surah Al-Baqarah hanya terdapat dua ayat iaitu ayat enam dan tujuh yang merujuk kepada orang kafir.

Yang selebihnya, yakni 13 ayat, iaitu ayat lapan hingga 20, Allah SWT merujuk terus kepada fiil perangai puak-puak munafik.

Jika diteliti sirah junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kita akan berjumpa dengan kisah bagaimana Bani Ri’lin dan Bani Zakuan yang membunuh pendakwah.

Sebagai reaksi balas di atas perbuatan terkutu ini, Nabi saw meminta supaya Allah SWT menurunkan kutukan ke atas kedua-dua ini melalui tujuh tahun kemarau yang panjang sebagaimana yang pernah Allah turunkan di zaman Nabi Allah Yusoff di Mesir.

Menyentuh tentang tuntutan kedua, mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budah-budak nakal, bawah pohon jati di pintu masuk SUK.

Jika saya perlu meletakkan jawatan atas sebab desakan Umno, maka sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sekaligus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan tiga empat tahun yang lalu.

Akan tetapi, alhamdulillah, saya tetap masih duduk di kerusi ini sampai ke hari ini. Sebaliknya, pemimpin Umno itu pula yag ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.

Saya kadang-kadang menjadi hairan memikirkan telatah orang Umno ini. Dalam Dun Kota Seputih misalnya, mereka cukup beria-ia untuk mempertahankan diri dengan menggunakan instrument mahkamah untuk mengelak dari memasuki pilihan raya.

Itu bagi kerusi dia yang selamat; itupun masih berdalih untuk diuji melalui pilihanraya. Sebaliknya mereka cukup ghairah untuk mendesak saya mengosongkan kerusi Menteri Besar sedangkan tiada apa-apa keadaan sedikitpun yang memaksa suasana atau menyalahi undang-undang yang membolehkan saya membuat pengosongan.

Kepada ramai pemimpin PR kita sudah lama dapat membaca bahawa telah menjadi ‘grand design’ mereka untuk mencipta suasana yang tidak tenteram di semua negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita tahu itu. Bukan kita tidak tahu.

Secara logiknya, semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Parti Islam SeMalaysia. Jika Umno yang mendesak saya, maka saya sewajarnya boleh bersyukur; bahkan berbangga kerana saya sudah dikira berjaya mengkucar kacirkan Umno. Mereka sudah keluh kesah.

Jika (katakanlah) saya terus dilarang juga untuk memohon kemusanahan Umno secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersedirian.

Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah SWT menurunkan kemusnahan kepada mana-mana pihak, termasuklah pemimpin Umno yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu dari melalui tangan Kerajaan Negeri Kelantan.


Read More Add your Comment 1 comments


Jom Pakai baju merah



Royalti: Cuti umum berbaju merah



KUALA LUMPUR, 15 Dis: Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) menyeru penyokong mereka memakai baju berwarna merah setiap cuti umum sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menafikan hak royalti rakyat Kelantan.

baca selanjutnya dari sumber...


Read More Add your Comment 0 comments


Alamak! terdelete ....



Adusss...tensen la pulak..terdelete one of the widget..malas betul nak buat balik. Dari pagi aku try nak tambah another feature tup..tup terdelete pulak yang lain. Abis ruins the template code.

Haiya...stupid mistake....tak buat backup...pang! pang1 pang!

Nanti-nanti lah recover balik the lost widget tu. Nak pi mandi dulu. Badan pun dah rasa lain macam dah.


Read More Add your Comment 1 comments


SuperFundo Torrent Site Shut Down By Government




Earlier this week we reported that the LeechersLair tracker had been closed down by its host under orders from the Malaysian government. Now SuperFundo, another long standing torrent site, has been closed down too.

...source


Read More Add your Comment 0 comments


Yahoo! Komisyen Bio Asli dah dapat.



Ni adalah komisyen terbaru yang saya dapat dari Bio Asli...



Sikit? heheh ni...untuk sehari aje...jadi kalau hari2 dapat macam ni..ok la tu..


Read More Add your Comment 1 comments


Kisah Kejayaan E-Dagang Bio Asli - Laporan PKS Malaysia 2008





Laporan Kejayaan E-Dagang Bio Asli >> Baca / Download Laporan

Apa lagi nak dilengahkan? Join sekarang sebab kini terbukti E-Dagang Bersama Bio Asli diiktiraf ramai dengan produk hebat plan menakjubkan - telus dan adil untuk semua, tiada penindasan dan tekanan. Bekerja mengikut kemampuan anda.

Ramai yang telah mampu meraih pendapatan 3 hingga 4 angka SEMINGGU! Anda bagaimana? Masih berfikir ker? Atau masih berkira-kira nak join? Berfikir boleh tapi jangan sampai peluang terlepas.

Saya cadangkan, anda daftar keahlian secara percuma dahulu dan tengok / study plan perniagaan Bio Asli yang hebat ini. Tak sungguh saya tak ajak tau! Semua anak beranak kaum keluarga serta sahabat handai saya dah daftar sebab mereka sendiri tak percaya dengan apa yang mereka dapat. Ada yang dah daftar 5 atau 6 bulan yang lalu lepas tu diam aje tak buat apa-apa..bila tengok saya dah boleh beli itu beli ini hanya dengan duit pendapatan Bio Asli, kelam kabut mereka nak aktifkan semula akaun mereka dan the worst thing mereka cakap kat saya "Awat hang tak habaq awai2..nyesal aku tak ikut jejak langkah hang!!!"...Oooopsss...saya cakap.."Belum terlambat lagi, tiada yang terlambat dalam kamus usahawan tapi kena pantas bertindak pantas merebut peluang".

Ni cerita sayalah kalau nak baca..baca lah..kalau menyampah..skip aje...mula-mula saya join dulu, saya blur..tak tahu nak buat apa..seminggu saya dok fikir..macam mana aku nak kembangkan bisnes Bio Asli aku ni. Aku ni jenis tak reti sangat bercakap..nak jumpa orang lagi la malu..huhu...saya ni dilahirkan pemalu nak buat macam mana. Di tengah-tengah malam..saya login masuk ke website bio asli..baca kisah-kisah kejayaan ahli yang lain, baca pasal produk, testimoni...tengok video..macam-macam lah..apa yang ada kat website Bio Asli tu saya dah khatam..huh..sampai tahap tu..sebab saya tak tahu nak refer kat sapa..so saya kena work hard sikit lah..sikit aje..lebih kurang 0.000001%..heheh..just joking...jadi dipendekkan cerita, saya mula la promote web referal yang diberikan oleh syarikat kepada kawan-kawan rapat dan saudara mara saya. Biasa la, awal-awal orang tak pedulikan sangat pun apa yang kita promote tu.."macam awak jugaklah"..betul tak?.Jangan marah. Sesetengah orang begitu skeptikal dengan konsep perniagaan melalui internet ini. Kenapa? sebab may be depa takut dengan cerita-cerita kisah penipuan diinternet contohnya: Skim Pelaburan Cepat Kaya etc lah..nak cerita banyak lah. Itulah orang kitakan, sebelum membuat keputusan, apa kata luangkan sedikit masa buat penyelidikan dulu pasal profil syarikat, kat mana lokasi ni, siapa BOD nya, apa no pendaftaran syarikat, produk apa, dan cari komen2 orang tentang syarikat ni di forum-forum...baru lah decide. jangan semborono aje..

Alamak! panjang la pulak, mesti awak dah jemu baca kan. Jika anda berminat nak mulakan perniagaan internet atau e-dagang, saya dengan ikhlas hati syorkan join lah bisnes e-dagang bio asli ni. Sebab apa..modalnya yang murah iaitu hanya rm30 sebulan dan anda boleh menjana income sehingga 3/4 angka seminggu. Wow! Sape nak bagi tu. Sebagai permulaan, awak buatlah secara part time, then bila dah dapat income yang konsisten setiap bulan..you should know better la...may be work at home aje kot...

Ok...sekian dari saya.

"Bio Asli - Global Business"

Wslm
Puan Rohaza
Id Bio Asli : gobiz
Web : http://www.bio-asli.com/?id=gobiz
email: rohaza@yahoo.com
Mobile: 6013-2628260


Read More Add your Comment 0 comments


Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?



Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?
oleh Zamri Nanyan


Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya


Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/webdomain4u

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/rohaza untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Read More Add your Comment 0 comments


Hatiku berbisik...



Nah..layan lagu penuh makna dari Mawi ni..walau tak minat dia..tapi lagu ni great. Renung-renungkan..



Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

KRU:

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku (xjelas part ni)
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Mawi:

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....

KRU:

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Mawi:

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

KRU & Mawi

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....


Read More Add your Comment 0 comments


Banyak sangat ads..





Alhamdulillah...terima kasih kepada para pengunjung blog Suara Ummi ini.

Hehe...ada yang komplen kata blog saya ni banyak sangat ads...tak tahu nak tengok yang mana satu.

Ok lah..macam ni..biar saya jelaskan agar semua puas hati. Saya tak kisah dan tak paksa pun kalian untuk klik iklan yang dipasang dalam blog ini. Tapi kalau nak klik saya lagi sukeee....kalau tak nak tengok or klik..just let it be..biar lah iklan tu dok berkelip-kelip kat situ. Baca/ tengok lah perkara lain yang boleh memberi manfaat kepada anda. Apa yan saya nak bagi tau kat sini adalah....saya letak semua tu sebab ini adalah salah satu dari side income saya diinternet. Semua sedia maklum kan..apa tujuan iklan atau banner diletakkan pada setipa website atau blog...tidak lain tidak bukan hanyalah untuk promosi...dah rezekiku dari perniagaan internet. Nak buat guane...jangan lah mare pulak...
Anyway..saya terima dengan hati terbuka semua komen atau teguran tu..."no hard feeling" lah...saya ok aje...tapi harap semua faham lah yer...apa yang dah pun saya nyatakan kat atas tadi..jadi fair and square lah.

Ok...banyak keje nak kena siapkan ni..maklum lah internet enterprenure ni kena lah fokus and konsisten buat keje...sapa rajin dia senang..sape malas...sendiri mau ingat lah!


Read More Add your Comment 0 comments


Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet






Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan


3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/rohaza untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat


Read More Add your Comment 1 comments


Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”



Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”
oleh Zamri Nanyan


Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?




Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/rohaza untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Read More Add your Comment 0 comments


 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info