Aku bosan daaa...



Aku dah naik bosan dan muak dengan cerita-cerita merapu kat berita tv sekarang ni. Apakah sebab dah pegang kuasa..duduk kat kerusi empuk...korang ingat korang boleh beli semua orang?? Sogok ...bukan Sogo yer..S-O-G-O-K dah jadi "makanan" harian korang gamaknya. Yang aku paling tak suka tak suka tak suka sekali bila korang putar belitkan isu BTN dan isu Doa TGNA....tak tahu lah...buta hati ker buta mata...lain orang cakap..lain korang war-warkan kat rakyat marhaen...nasib baik sekarang rakyat dah tahu menilai berita yang bermutu dan berita yang tangkap muat. Tak habis-habis nak provoke orang tu orang ni. Apa lah korang ni..cuba lah fikir sikit..pikiaq!!! Kenapa nak gaduh sesama sendiri. Napa nak saling memburukkan bangsa seagama sendiri? Atau mungkin hati semua telah jadi hitam akibat asyik makan duit rakyat??? hak Kelantan? Mana? bagi aje lah..sapa susah sangat. Tak ingin ker korang nak tengok rakyat yang selama ini menjadi tunjang korang maju...bangsa sendiri pulak tu. Aku rasa lah bangsa lain dok gelakkan kita aje sebab asyik bergaduh sesama sendiri..sebab apa..sebab berebut kuasa dan wang.Huh!!! Lu pikir lah sendiri.



Read More Add your Comment 0 comments


Akibat suka berinternet!!!



Ini akibatnya, gara-gara selalu berinternet..akaun bank saya kini sering dipenuhi dengan duit hasil dari usaha berniaga di internet....best tak?
Sambil update blog pun saya boleh buat duit....ketahuilah rahsia nya di sini.

Atau

di sini :)

ps: nak aje saya tempekkan kat sini salinan account statement saya..tapi nanti dikatakan bongkak & riak pulak. Biarlah ,cukuplah saya katakan ianya cukup memberangsangkan. Membuatkan setiap hari, makin saya berkeyakinan bahawa tidak mustahil untuk hidup senang lenang dengan income dari internet(oopsss..bukan gambling or Skim Cepat Kaya atau sewaktu dengannya tau..jangan salah faham pulak). Semuanya bisnes melalui internet.

-salam-
http://suara-ummi.blogspot.com


Read More Add your Comment 0 comments


Hebatnya buat duit dengan GDI



Eh...menda GDI tu? GDI = Global Domain International.

Jana Pendapatan Sekarang!

Apa fungsinya?
Global Domains International (GDI) adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet domain dotWS (.ws). Ternyata ini barulah perniagaan internet sejati kerana urusniaga & produk sememangnya berkaitan dengan internet, malahan asas kepada internet.

GDI juga yang merupakan syarikat #37 dalam Inc. 500 “List” of the USA’s 500 fastest growing private companies dan #5 in the state of California.

Ditubuhkan pada tahun 1999, GDI telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS ke seluruh dunia.

Produk GDI
GDI hanya memperkenalkan satu pakej unggul yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan hanya serendah USD10 @ RM35 sebulan, anda akan memiliki pakej yang lengkap dan hebat.

Kaedah bayaran yang diterima adalah Kad Kredit / Kad Debit / Paypal. GDI adalah perniagaan global. Transaksi kad kredit adalah paling efektif dan GDI akan menjamin keselamatan setiap transaksi.

Macam mana boleh buat duit dengan GDI?
GDI telah merangka Pelan Pemasaran yang ringkas & lumayan. Kesemua bonus ini boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Dan mereka yang lebih rajin akan mendapat bonus-bonus tambahan mengikut pencapaian tertentu.

1) Bonus Unilevel (5 Level – 50%)
Setiap jualan yang anda taja, anda akan mendapat komisyen 10% iaitu USD1 @ RM3.50. Bukan setakat itu sahaja, GDI akan membayar anda hingga ke Level 5 dengan jumlah komisyen 50%.
Ini bermakna anda akan dibayar USD1 untuk setiap orang yang berada dalam Group Sales anda iaitu hingga Level ke 5. Lihat contoh jika setiap orang menaja 5 orang;

Contoh Pengiraan
Level 1 – 5 Affiliate x USD1 = USD5
Level 2 – 25 Affiliate x USD1 = USD25
Level 3 – 125 Affiliate x USD1 = USD125
Level 4 – 625 Affiliate x USD1 = USD625
Level 5 – 3,125 Affiliate x USD1 = USD3,125
TOTAL = USD 3,905 @ RM13,667.50

Paling menarik, anda akan terus dibayar komisyen USD1 ini pada setiap bulan selagi kesemua mereka membuat Maintenance Bulanan sebanyak USD10 untuk Pakej Produk mereka.

2) Bonus Referral Mingguan – USD100

Bonus Referral dikira dalam tempoh Isnin – Ahad. Anda akan mendapat komisyen tambahan USD100* sekiranya berjaya menaja 5 orang dalam masa seminggu.

3) Bonus Heavy Hitter – USD5,000
Jika anda menaja 1,000 affiliate dalam masa 4 minggu berturut-turut, anda akan mendapat bonus tambahan sebanyak USD5,000.

4) Bonus Infinity Override (Level 6 –Infiniti)
Anda boleh mendapat Bonus Unilevel (10%) Level 6 sehingga Level InfinitI sekiranya anda berjaya mencapai sasaran berikut pada setiap bulan:
a) Menaja 10 orang affiliate di Level 1
b) 10 affiliate anda menaja 10 affiliate setiap seorang
c) Jumlah affiliate dalam Level 1 – Level 5 = 5,000 orang

Nota :
Kesemua sasaran ini perlu dicapai setiap bulan untuk membolehkan anda menerima Bonus Unilevel ini setiap bulan.


Wow!!! Hebat bukan. Jangan baca saja..join saya dan rakan-rakan yang lain yang telah merasapun income hasil berbisnes dengan GDI.

Cuba dulu PERCUMA untuk tempoh selama 7 HARI.

Ya! Saya Berminat


Read More Add your Comment 0 comments


Duit Paypal Percuma Sehingga USD$100?





Wah...rezeki..rezeki hujung tahun ni...jangan lepaskan peluang...tak pernah ada lagi ni..

Untuk menyertai Paypal Wishlist ini, anda perlu ada akaun Paypal (jika tak ada sila daftar disini) dan juga akaun Facebook (juga daftar kat sini). Atau jika anda ingin baca terlebih dahulu apa itu Paypal Wishlist, anda boleh ke link ini.

Berikut adalah petikan dari terma dan syarat untuk menyertai Paypal Wishlist:

Description of this Promotion
During the Promotion Period (as defined below), download the PayPal WishList application on Facebook (“PayPal WishList”), create your own PayPal WishList, and we will pay $1 USD into your PayPal account. In order for us to pay you the amount you earned pursuant to this Promotion, you will need to provide us with your PayPal email address via the PayPal WishList. To submit the PayPal email address you would like linked to your PayPal WishList, go to the home page of the PayPal WishList at www.paypalwishlist.com and click the link below to the ’submit your email address’ in the upper left side of the page.

In addition, share the PayPal WishList with your friends via Facebook, and for each friend who downloads and creates his or her own PayPal WishList from your invitation, we will pay you an additional $1 USD (up to the maximum total sum of $100 USD per PayPal account).




Timelines
This Promotion begins at 00:00:01 Singapore Standard Time (“SST”) on November 16th, 2009 and ends at 23:59:59 SST on December 31st, 2009 (”Promotion Period”).

Eligibility
In order to qualify for this Promotion, you must:

1. successfully complete registration for a new PayPal account within the Promotion Period or already have an existing PayPal account prior to the Promotion Period;
2. submit to PayPal via the PayPal WishList and within the Promotion Period, the email address to which your PayPal account is linked;
3. be at least of 18 years of age, and have a PayPal account with a valid registration address in relation thereto located in India, Thailand, Malaysia, Korea, Vietnam, Philippines, Indonesia or Singapore (“Eligible Countries”);
4. have a PayPal account in Good Standing, with current contact information throughout the Promotion Period. In order for an account to be deemed in Good Standing as that term is used herein, the account must not have a hold status and/or be suspended or past due as of December 31st, 2009; and
5. complete the downloading of the PayPal WishList, and use the same to create a PayPal WishList, within the Promotion Period.

You will be entitled to $1 USD for your own PayPal WishList, plus an additional $1 USD per friend who uses your invitation to create his or her own PayPal WishList, provided your friend has a PayPal account. Each person is only entitled to create one (1) PayPal WishList. For the avoidance of doubt, in the event your friend receives more than one invitation, only the person whose invitation is used to create the former’s PayPal WishList, will be entitled to the $1 USD.

If you reside outside of the Eligible Countries, you may be permitted to download the PayPal WishList; however, you will not be eligible to participate in this Promotion. Additionally, you will not be entitled to receive an additional US$1 or cash back for those PayPal WishLists created by a person(s) outside of the eligible countries, even if the sum stating ‘you’ve earned’ on your Facebook page may indicate otherwise. This means that at the end of the Promotional Period, you may be entitled to less earnings than stated on the ‘you’ve earned’ counter on your Facebook page.

Prizes You may receive up to the maximum total sum of $100 USD, through this Promotion.

How Prizes will be Awarded
You will be notified by PayPal no later than February 28th, 2010, via email or any other method as PayPal may from time to time determine, of how much you have earned.

Prizes will be credited to your PayPal account as per your submission to PayPal via the PayPal WishList, no later than February 28th, 2010. If you do not provide us with this, we will not be able to deposit your earnings. To submit the PayPal email address you would like linked to your PayPal WishList, go to the home page of the PayPal WishList at www.paypalwishlist.com and click the link below to the ’submit your email address’ in the upper left side of the page. Any cash prizes to be paid to your PayPal account, will be credited in the currency as set out herein and currency conversion fees (if applicable) or any other related fees, will be borne solely by you.

In the event of any unclaimed or unaccepted Prize(s), PayPal may in its sole discretion decide on the disposal of the said Prize(s). For cash prizes paid to your PayPal account, you would have to log into your PayPal account within 30 days of payment, to accept the prize. If you do not claim this within the 30 day period, the amount will be returned to PayPal.

Jadi..apa tunggu lagi...jangan baca sahaja..rebutlah peluang ini.


Read More Add your Comment 0 comments


RM5, RM50, RM500 - Which amount?



Agak-agaklah berapa agaknya nak kirim/bagi kat mak ayah kat kg untuk bulan ni yer? Nak bagi lebih or sama aje macam bulan lepas.Dilema tu.

Pasti ramai yang akan jawab...dapat banyak, bagi banyak la.Dapat sikit, bagi sikit. Tapi, persoalannya sampai bila perkara ini akan berlaku. Asyik macam ombak aje incomenya. Eh! macam ombak ker? Setahu saya kalau yang makan gaji..tak ada pattern ombak kan...it just mendatar aje..turun tak, naik pun tak. Ada lah naik sekali sekala..itupun kalau naik. Faham ker maksud saya? Maksudnya..itupun kalau ada increment or bonus lah tu. Kalau tak dak..hmmmmm...tak dapat nak kasi lebih la kat mak bapak kat kg...or tu pun kadang-kadang "miss". Betul tak? Sebabnya...banyaaakkk...bayar car loan, housing loan, personal loan, gaji maid or nursery, credit card?? errmmm PTPTN dah settle belum? Adush!!! Terbang lagi duit aku...macam mana ni..gamaknya bulan ni tak dapat lah kirim kat mak...aduyai..kesian kat mak.

Itulah senario seorang yang bergaji tetap. So, apa alternatifnya. Sebenarnya banyak sangat peluang untuk membuat pendapatan sampingan, tetapi masih ramai yang tidak tahu atau tak pandai merebut peluang. Padahal, semua dah tersedia..tinggal lagi sedikit usaha...dalam 0.01% sahaja. Itupun masih tak nak. Bila dah mindset "makan gaji", gitulah jadinya. Dah tak boleh nak "berfikir diluar kotak" macam mana nak buat income tambahan. Tengok orang lain beli itu beli ini, dia pun sibuk. Sedangkan orang tu bijak merebut peluang yang ada tapi dia..harapkan gaji masuk akaun setiap hujung bulan...bulan lepas banyak tu..bulan ni pun banyak tu la...

Helo...celik..celik..buka minda...sekarang ni zaman internet. Berniaga era ini tak semestinya kena buka gerai tepi jalan...kena sewa lot niaga...kena ada premis baru boleh berniaga. Semua hanya depan komputer aje. Ramai yang dah boleh hidup senang-lenang dengan hanya duduk depan pc..buat promosi melalui internet...2 - 3 jam sehari pun dah memadai...boleh pun mereka ni pakai kereta mewah..tinggal dirumah besar. Oooppsss...jangan pula pilih Skim Pelaburan Cepat Kaya tu. Salah tu! Yang saya maksudkan di sini adalah menjual produk @ kepakaran anda menggunakan internet sebagai mediumnya. Tak perlu lagi nak berpeluh-peluh ke hulu ke hilir menjual produk. Semua dihujung jadi aje. Tapi sayangnya, ramai yang tak gunakan medium hebat ini. Yang depa tahu hanya chatting, email, dengar lagu dan paling dahsyat buat fitnah. Buang masa dan tenaga semua tu. Cuba tanya diri anda...dah berapa lama anda guna internet ni? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Apa return of investment yang anda dapat. Pernah tak anda dapat even RM1.00 sepanjang anda menggunakan internet? Pernah tak internet memberikan anda duit? Jika jawapan anda TIDAK. Eloklah anda berhenti menggunakan internet dari sekarang sebab anda adalah manusia yang paling rugi. Bagaimana anda boleh hanya melihat peluang berlalu begitu sahaja sedangkan orang lain berlumba-lumba membina kekayaan & kejayaan hanya melalui internet dirumah bersama keluarga tanpa perlu mengamalkan konsep 9 to 5. Bersesak-sesak dijalan raya, kadang-kadang tak sempat nak sarapan kat rumah pun (from experience lah). Tinggal anak dengan pengasuh yang entah bagaimana keadaannya. Hati asyik gundah gulana aje teringatkan anak-anak dirumah atau di pusat asuhan.

Era sudah berubah. Cara bekerja pun dah berubah. Cara mencari duit pun sudah berubah. Bila lagi anda nak ubah cara hidup anda? Alhamdulillah, saya tidak perlu lagi bergegas bangun pagi nak siapkan itu ini sebab nak masuk opis. Rumahku, Opisku!!! Anak-anak pun happy, mama sentiasa ada di sisi. Jangan anda nafikan lagi ledakan perniagaan melalui internet ini memang hebat!

Apa kata, anda cuba dulu secara kecil-kecilan, pasti anda tersenyum lebar!

Ok lah..panjang pulak. Biasalah..sekadar berkongsi cerita!


Read More Add your Comment 0 comments


Ku Tak Akan Bersuara



:)

Jangan terkejut lak dengan post title kali ni.Nothing personal, it's just a taste of music.Tiba-tiba aje teringat lagu ni..i am sure everyone knows who sing this song but passed away already..so untuk menghormatinya...saya just letak lagu ni versi Mila AF5. Mila nyanyi pun sedap jugak..especially masa "pitching" dia out tu...cute sangat..hehe...jangan marah mila yer..

so..layaaaannnn...



http://www.youtube.com/watch?v=AQRArKmGgX4


Read More Add your Comment 0 comments


Orang Politik?



Melihat kepada senario politik negara kita hari ini, saya percaya rakyat rata-rata semakin keliru dan serba salah untuk percaya mana satu parti yang betul-betul dapat membela nasib mereka hari ini dan masa akan datang.

Semakin hari semakin keliru untuk mempercayai setia butir bicara janji-janji yang diberikan. Semua yang saya postkan kat sini adalah dari rasa dan pemerhatian saya sendiri. Apa tidaknya, setiap hari akan ada sekurang-kurangnya satu provokasi antara parti-parti politik. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Saya bukanlah ahli politik pun tetapi nasihat cikgu masa saya Tingkatan 5 dulu, tak semestinya kita mesti menjadi orang politik baru kita boleh bercakap atau ambil tahu pasal politik. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, apa sahaja yang berlaku disekeliling kita kita mesti ambil tahu. Ambil tahu bukan bermaksud kita ni "menyibuk". Jangan bila negara sudah hancur baru kita nak ambil tahu.

Ramai yang salah faham bila saya bercerita pasal politik, kata mereka saya ni orang politik. Bila saya bercakap pasal agama, kata mereka saya ni eloklah jadi ustazah. Itulah orang kita.

Kalau macam tu...oleh kerana saya ni bukan askar atau polis..maka tak payah lah saya nak pertahankan negara...orang-orang berfikiran cetek macam ni lah yang selalu merosakkan dan tidak menghiraukan pahit maung yang dihadapi oleh negara kita. Negara kita dijajah pun, apa mereka peduli..yang penting mereka dapat untung.Sedih sungguh!


Read More Add your Comment 0 comments


Antara dengki dan tamak!!!



Alkisahnya, depan rumahku adalah tanah rizab kerajaan yang telah lama arwah bapa mertuaku tanam pokok pisang untuk mengelakkan dari menjadi hutan belukar didepan rumah. Bukannya sebab apa..sebab orang tua kan..suka bercucuk tanam..berbudi pada tanah. Daripada dibiarkan tanah rizab tu kosong ditumbuhi lalang ada baiknya tanam tanaman yang sedap mata memandang. All this while..selama berpuluh tahun bapa mertuaku jaga kebersihana tanah rizab tu disamping pokok-pokok pisangnya yang telah boleh dituai hasilnya, tiba-tiba ada lah makhluk Allah swt yang tak tahu malu menuntut hak ke atas tanah rizab berkenaan. What? Dia mengaku bahawa tanah rizab yang bapa mertuakku tanam tanaman sejak berpuluh tahun dahulu dikatakan tanah itu adalah tanah rizab milik keluarganya. Apa punya bangang lah...dia yang tinggal nun jauh dihujung kampung..jauh bangat dengan tanah rizab yang didepan rumahku dikatakan milik keluarga mereka. Tak tahu malu betul lah manusia ini. Memang lah dalam hati kami satu family bengang juga. Terfikir juga dihati yang "nakal" ini, mesti depa ni dengki sebab tengok pisang2 yang ditanam tu hidup subur dan hasilnya menakjubkan.
Alahai "setan"...ooopsss..lupa nak bagi tahu..this family yang tak malu menuntut hak ke atas tanah rizab ni sebenarnya sudah pun dipulaukan oleh penduduk kampung. Dan gelaran "setan" tu pun dah sinonim dengan mereka. Maaflah...aku just guna pakai aje. Memang family depa ni tidak diiktiraf lagi kewujudannya dalam kampung. Perangai mereka...malas nak cerita lah...dari curi besi kat ..sampai lah membunuh orang...inilah samseng durjana kampung kami.
Jadi, familyku malas nak gaduh-gaduh berebutkan tanah rizab....kami sekeluarga buat keputusan untuk tebang semua pokok pisang ditanah berkenaan. Ada juga jiran2 yang bertanya kenapa ditebang semua pokok pisang tu......kami hanya diam aje....akhirnya persoalan itu terjawab dengan sendirinya apabila mereka melihat sendiri si "setan" tu sibuk menanam pokok pisang di tanah tersebut. tahulah mereka apa sebabnya...biasalah orang kampung...maka tersebarlah satu lagi perangai buruk si samseng itu keseluruh kampung. Kami pun berkata..biarlah....dah peel dia suka aniaya orang...tunggu lah hari pembalasan....


Read More Add your Comment 0 comments


Toothache




Aduh! Dah lama dah tak sakit gigi...2 3 hari ni meragam pulak gigi ni..mmm...berdenyut-denyut pulak tu....memang tak leh tahanlah..last nite went to dentist clinic..asked the dentist...nak cabut lah...dentist said: "Tak boleh cabut lagi sebab sakit..so I give you pain killer, then come back if no more pain..we'll cabut lah".....huhu...memang merana sakit gigi ni wooo...lebih kurang hampir sama dengan sakit bersalin..hilang mood dibuatnya...asyik-asyik nak meradang aje..semua tak kena...so ..sapa yang jadi mangsa..hahahaha...of course my dear hubby la...kesian dia...now no more pain..sat lagi nak pi cabuuttttt....tak cabut sekarang..raya haji nanti kang susah kalau sakit lagi...


Read More Add your Comment 0 comments


I am Graduated!!!




..Last day at school...next year will be Standard 1..



...Yiha! We are all graduates now!


Read More Add your Comment 0 comments


Jus Herba Kelapa Dara - Gout





JUS HERBA & GOUT

Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan :

“ Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.”

Hadith riwayat Abu Daud.



Sesungguhnya sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta. Namun khazanah yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.




Jus Herba Bio-asli adalah rumusan dari herba terpilih, warisan zaman berzaman, generasi yang mementingkan kesihatan. Gabungan herba terbaiknya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolism, serta melancarkan sistem perkumuhan. Tubuh tidak akan menghasilkan terlalu banyak asid urik, dan tubuh mudah dapat pula menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.

Jus Herba Bio-asli bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam pemakanan.

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol (haram menurut Islam) dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?

* Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

* Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

* Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.


Bagaimana Jus Herba BioAsli dengan masalah gout ?

Gabungan herba terpilih sebahagiannya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolisma yang membolehkan tubuh dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.

Perlu juga diingatkan bahwa Jus herba Bio-Asli bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama ini. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam pemakanan.

Berikut adalah rumusan rengkas khasiat-khasiat herba dalam rumusan Jus Herba Bio-Asli :

Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my

PENAFIAN:

Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.


Read More Add your Comment 0 comments


Movie: Michael Jackson This Is It





This Is It 2009 TS XViD-PROJECT1

http://www.megaupload.com/?d=8BYQAL6M

http://www.megaupload.com/?d=7FYQWMO0

http://www.megaupload.com/?d=YH7DJ3US

http://www.megaupload.com/?d=VG9H3JTO


Michael Jackson This Is It 2009 CAM XVID-PrisM

http://www.megaupload.com/?d=YS08ERRY

Note: To MJ's Fans..jangan tersinggung pulak pasal ummi letak post ni.Ummi sekadar letak link aje utk sesiapa yang minat nak download.


Read More Add your Comment 0 comments


Movie: Rebound




Read More Add your Comment 0 comments


Hurt




Read More Add your Comment 0 comments


Series: Desperate Housewives Season 6




Read More Add your Comment 0 comments


500 Days of Summer




Read More Add your Comment 0 comments


Khatam Buku Terbaru - Wasiat Rasulullah SAW



Alhamdulillah...hari ni ummi dah habis baca sebuah buku yang berjudul - 111 Wasiat Rasulullah SAW. Banyak sungguh rupanya ummi tak tahu.Teringat pula ummi pada ungkapan " kita sebenarnya tak tahu apa yang kita tak tahu". Buku itu adalah hadiah suami yang sangat ummi cintai sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7 lalu.

Jadi...apa yang ingin ummi kongsi disini adalah salah satu wasiat Rasulullah saw yang amat menarik untuk kita renungkan bersama. Tapi sebenarnya banyak yang menarik cuma ummi letak yang satu ni aje...sebab ini applied ke atas semua saudara-saudara seagama ummi.

Mungkin dah ada yang pernah terbacanya tapi tak apa lah ummi postkan sekali lagi..

Rasulullah SAW bersada:
"hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada lima(5):
1. Menjawab salam
2. Melihat orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. Mendoakan orang yang bersin".
(HR. Bukhari & Muslim)

Sekian..wallauallam...semoga kita merenungi maksud sbada Rasulullah saw di atas..


Read More Add your Comment 0 comments


..selepas hujan





..bulan sabit juga turut kelihatan di langit biru terbentang luas....cantik bangat!

..burung helang berterbangan riang dilangit biru....so nice....


...langit yang biru...pokok kelapa melambai-lambai ditiup angin....indahnya ciptaanMu Ya Allah....



So beautiful...langit biru bersih selepas hujan dan cuaca yang hitam pekat petang semalam...


Read More Add your Comment 0 comments


Berhati-hati dengan penipuan e-mel



Penggunaan utama berinternet disamping melayari laman-laman web tertentu adalah berkomunikasi menggunakan emel. Servis 3 emel gergasi percuma yang selalu digunakan adalah Yahoo Mail, Hotmail atau Gmail. Malah ada mereka yang memiliki ketiga-tiga akaun berkenaan dan lebih untuk tujuan tertentu. Saya sendiri memiliki malah lebih dari itu. Memang mengambil masa saya yang terhad ini untuk secara pukul rata membaca kesemua emel. Oleh itu pembacaan emel perlu dilakukan dengan bijak dan berkesan kerana tidak kurang juga dengan emel-emel penipuan dari pelbagai bentuk. Dalam bahasa internet dipanggil Scam atau Phishing Email.

...selanjutnya dari sumber.


Read More Add your Comment 0 comments


Are You Driving Your Boss Crazy?



Eight Behaviors Bosses Dislike

In today's workplace, it goes without saying that it's a good idea to remain on the boss's good side. Your relationship with this person can be a major factor in not only your on-the-job happiness but also your career success. And your boss can be a powerful ally; having a manager who thinks highly of you may improve your job security since you'll have someone who is willing to defend your value to the firm should layoffs occur. So, the last thing you want to do is exhibit behaviors that undermine this relationship.

read more from source


Read More Add your Comment 0 comments


Banjir Datang Lagi!



Tadi call ibunda di kampung...tanya keadaan kaum kerabat di sana sewaktu musim banjir macam ni. Alhamdulillah..mereka still selamat lagi...ye lah sebab rumah kami di Machang tu di kawasan bandar..so kira tanah tinggi jugak lah. Cuma di kawasan rumah kakak ummi aje yang terkena banjir sebab kawasannya kawasan landai dan agak rendah. Kalau dulu sewaktu ummi kecik-kecik...memang air masuk sampai dalam rumah lah...dalam rumah sahaja dah cecah paras lutut...kalau kat dapur lagi la...paras dada.

Teringat masa ummi kecil dulu sewaktu musim banjir..kami, mangsa-mangsa banjir ditempatkan kompleks FAMA...so..ramai lah yang berkumpul kat situ..ada la dalam 50- 60 keluarga..meriahnya...masak ramai-ramai...dalam kawah besar...ala-ala kenduri gitulah.

Budak-budak(ummi la tu..) sibuk main air dan naik rakit buatan sendiri..heheh..jangan tak tahu..ummi dulu lasak tau!..so main air dari pagi sampai ke petang..jari jemari semua dah & mengecut..tubuh dah menggigil-gigil..tapi still main air lagi tu...dan yang paling best..sampai la ni ummi tak boleh lupa..kawan ummi...main air...lintah masuk ke dalam buntut dia..meraung-raung dia...nak tau besar mana lintah tu...kalau kat tempat ummi...dia orang panggil "lintah kerbau"..agak besar lah..warna kelabu + cokelat...jadi...nak tak nak dia terpaksa lah tanggalkan seluar dia..terus dia meneran sekuat-kuat hatinya...sampai terkeluar lintah dan najisnya...ummi & yang lain-lain..lari lintang pungkang naik ke darat...takutttttt!!!

Ni...tak tau lah macam mana ummi nak balik raya haji nanti...takut tersangkut di tengah jalan..kot-kot air bah kat pahang...atau tempat2 yang sepatutnya menjadi laluan ummi balik kampung...

Apa pun...raya tetap raya..nak balik jugak walau macam mana sekalipun hehe..

Ok lah...masa ummi tengah taip posting ni pun..hujan tak henti2 dah ni...lebat lak tu..dingin sangat...

Jumpa lagi yer..bye


Read More Add your Comment 0 comments


testing..



ummi saje buat testing post via mobile phone ni...sebab malas nak on kan lappie ummi. So..boleh la ni...


Read More Add your Comment 0 comments


ATM & Foreigners (PATI)



Just got back from Pekan Kapar with kids...ronda-ronda hujung minggu...but less money in my purse..decided to widthraw some money from Maybank ATM..OMG..so many foreigners lah! Macam mana ni..nak masuk ker tak nak? Mama said : "Kakak..let go home..don't waste our time waiting in Q with these foreigners...depa ni ..yang nak keluarkan duit sorang aje...tapi yang dok bertenggek kat ATM tu 10 orang". Lepas tu terkial-kial nak masukkan kad pun tak tahu...bukan nak tanya ker apa...bodoh sombong betul!

Kakak : "Mama..why their smell so bad ha?"...Hahah...what should I answer this question people? Mama : *smiling*



Read More Add your Comment 0 comments


Malaysia Cup - Sambungan




N9=3, Kelantan =1...ok lah tu...adat pertandinganlah..ada menang, ada kalah. Bukan soal kalah menang yang ummi nak bercerita. Ini pasal gelagat @ kelakuan penyokong yang membaling mercun, botol air dan objek yang tak sepatutnya. Ummi tak tahulah sebab tak pi stadium pun cuma lihat dari kaca TV aje. Dari situ pun ummi dapat agak dah apa yang depa dok baling-baling tu.

Cuma yang lebih sedih lagi ada yanng sanggup bakar tempat duduk penonton tu. Ini semua gara-gara tak puas hati lah tu. Ummi tahu penyokong pasukan mana tu ..tak perlu lah ummi nyatakan. Apa-apa pun semua sudah berakhir...syukur juga sebab tak ada insiden yang memudaratkan seperti yang berlaku di stadium sultan muhammad, kota bahru tempoh hari.

Tahniah kepada N9 kerana dapat menjuarai Piala Malaysia 2009...untuk The Red Warrior...cuba lagi...


Read More Add your Comment 0 comments


Gelagat Anak-anak Ummi



1st Princess..Nur Athirah..6+++ years..



...Adik Ainul...2 tahun


Read More Add your Comment 0 comments


My Lappie





This is ummi's laptop aka lappie...ni masa ummi tengah update blog ummi ni...tak tahu nak letak foto apa...just snap my own lappie la..


Read More Add your Comment 0 comments


Malaysia Cup 2009



Nampaknya bahang Malaysia Cup makin terasa hangatnya walaupun hari ni cuaca mendung kadangkala hujan renyai tak henti-henti. tapi...di Facebook, Twitter, MySpace etc..semua bercerita pasal "Gomo Kelate Gomo" vs "Hoben Jang Hoben"..wah...term yang amat menarik tu.

Malam ni...dalam sekitar 15 minit lagi..bermula perlawanan yang hebat dalam liga bolasepak Malaysia..juga sebagai penutup tirai 2009. Harap-harap tak hujan la..kalau hujan pun sekadar menyejukkan suasana aje. tapi, petang tadi ummi tengok cuaca amat gelap..hitam pekat seolah-olah langit nak runtuh pulak..sarat dah wap air berkumpul kat atas..tunggu masa aje.

Apa-apa pun...ummi pun tak sabar nak tunggu result MC ni..excited pulak hehe..

Kalau ditengok kat stadium tu..fuh! merah dan kuning aje....The Red Warrior dengan penyokongnya ..N9 as well...cuma ummi doakan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku...menang kalah sudah adat...belajar lah terima kenyataan..jangan terlalu mengikut perasaan...just a game!

Ok lah...ummi pun nak bersiap sedia ni..tak dapat pi stadium pun...depan tv jadilah.

Happy watching MC yea.


Read More Add your Comment 0 comments


Tuhan tidak pernah 'tinggalkan' kita...



...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."
Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.

"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.

baca selanjutnya dari sumber


Read More Add your Comment 1 comments


2010 is around the corner



Only one and a half months day left to say goodbye to 2009. Well, probably too many things haven't done yet. Here and there, this and that...semunya kelam kabut..banyak yang belum settle...tup!tup! dah masuk tahun baru 2010. Auch!!! Bermakna one more digit will be increased to my age huh! Some people said..age is only a number on paper..nothing to do with it, most important is we try our best in our life. What is the best thing have we done? Nak dihitung rasanya belum sampai tahap yang terbaik. Always wanna be the best but tak tercapai seperti tahun-tahun sebelumnya. And the klise always "We'll try my best". So, amacam kawan-kawan cyber ummi yang lain. Dah capai target ke belum? Dah achieve tak apa yang telah disasarkan sebelum ni..especially harapan yang telah dibuat pada December 2008? hehe...tak apa lah...kalu tak tercapai lagi...try lagi tahun depan....
Pada ummi, hasrat ummi hanya satu aje..untuk berubah ke fasa yang lebih baik dalam meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa...yang lain ummi tak gusar sangat.

Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa semoga dipermudahkan segalanya dan negara kita diberi rahmat dan keamanan dan kedamaian tanpa ada permusuhan dikalangan saudara seagama walapun berbeza fahaman politik..yang penting kita bersatu dibawah satu agama yakni Agama Islam..amin.

Ok..ummi ada hal sikit...jumpa lagi yer..
jaga diri..hiasi peribadi

Salam sayang
Ummi


Read More Add your Comment 0 comments


Gomo Kelate Gomo




Demam bola sepak..tempias kena kat ummi jugak..walaupun bukan hardcore fan tapi tahu jugak lah perkembangannya..jangan tak tahu masa muda2 dan bujang dulu..pernah sekali lah ummi pi stadium tengok football match....best jugak..berdiri tegak bulu roma bila penonton bersorak...


Read More Add your Comment 1 comments


Musim Bah!



Pagi ni, kawasan rumah ummi hujan memanjang..dari pagi lepas hantar anak sekolah...hujan mulai turun tanpa henti. Tapi sempat jugalah ummi menanam pokok bunga di sepanjang jalan masuk rumah tu. Seronok tengok pokok-pokok bunga di sepanjang lorong depan nak masuk rumah ummi tu...warna-warni...so colourful....rasa ceria sikit...kalau tak penuh aje dengan pokok-pokok pisang. Berkebun musim hujan ni best sebab tanahnya lembut senang nak tanam pokok ....esok lusa sambung berkebun lagi kalau hujan tak lebat...itu aje lah kerja ummi untuk hari ni...

Ok lah...salam jumaat semua...have a nice day...yang guys tu...jangan miss solat jumaat pulak...tak baik tau!!!!

OK..bye.


Read More Add your Comment 0 comments


Homeschooling



Lately Ummi agak sibuk sikit dengan draft homeschooling anak-anak. Jadi ada masanya tak sempat langsung nak berinternet.Kalau sempat pun di tengah-tengah kesunyian malam aje lah hehehe...kadang-kadang tak masuk internet langsung.

Ummi ni bukan apa..bila dah start cuti sekolah..kalau tak dirancang betul-betul percutian anak-anak ni, takut nanti tutup buku terus...bahaya!

So..jalan terbaik adalah Ummi sediakan plan untuk mereka awal-awal lagi. Bukan bermakna ummi nak kongkong anak-anak tetapi merancang agar pembelajaran mereka tetap "on the move" walaupn school holiday.

So apa persediaan Ummi? Banyak lah..contohnya Ummi dah siapkan ruang mereka belajar ala-ala kat sekolah tu, looking for a good material..terutamanya math and english...prepare worksheet untuk latihan dan bacaan.

MMmmm..kalau dah bekas cikgu tu..cikgu jugak lah yer...biarlah...sebagai ibubapa..kita tak boleh lepaskan 100% tanggungjawab kita kat cikgu kat sekolah aje betul tak?

Jadi, itu lah serba sedikit plan ummi untuk anak-anak sempena cuti sekolah yang akan menjelma tak lama lagi...

Jumpa lagi.


Read More Add your Comment 0 comments


Konvo Student @ PWTC 2006




Posing sisi sementara menunggu majlis bermula...



Bersama teman seperjuangan yang kini merantau ke negara Matahari terbit...


Read More Add your Comment 0 comments


Macam-macam hal!



Dua tiga hari ni, baca newspaper, berita..semua channel...tengah hot pasal cerita penangkapan Dr Asri. Pada Ummi lah...seeloknya tak perlu semua orang nak bagi komen..makin dikomen makin celaru nampaknya. rakyat pun pada hemat Ummi makin terkeliru..mana satu yang benar, mana yang salah. Jadi, jalan terbaik, biarlah pihak yang bertanggung jawab selesaikan dengan cara yang berhemat kemudian barulah buat statement bagi tau kat rakyat marhaen kedudukan sebenarnya. Itu Ummi punya pandangan lah!

Tidak ketinggalan juga pasal wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan...tang ni Ummi agak terkilan juga ni. Sebab Ummi pun asalnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni..so sebanyak sedikit terasa la isu wang ehsan ini. ye lah dari kecik hingga dewasa Ummi dah tau macam mana life kat sana. Nak kata susah tak juga..nak kata senang tak juga..sedang-sedang saja. Jadi, satu persoalan saja yang muncul dibenak Ummi, kenapa tidak dari dulu???? :-(

Cukuplah dulu..nanti Ummi bersuara lagi yer...semoga ceria selalu.


Read More Add your Comment 0 comments


Salam Ziarah & Kenalan



Salam kepada pengunjung Blog Suara Ummi. Terima kasih di atas kunjungan dan sokongan kalian semua.

Blog ini Ummi bina sekadar mengisi masa terluang di samping anak-anak dan suami tercinta. Jika ada cerita yang menarik dan boleh diambil manfaat darinya, akan Ummi kongsi dengan kalian semua.

Jadi, teruslah setia bersama blog Suara Ummi - Cerita Sana Sini untuk berkongsi cerita.

Ummi juga mengalu-alukan jika ada sebarang idea atau pendapat. Cuma pinta Ummi agar kita sama-sama menjaga butir bicara agar tiada di kalangan kita yang tersinggung. Maklumlah, tak semua boleh terima buah fikiran atau butir bicara kita.

Oleh itu, salam ziarah dan kenalan dari Ummi - pemilik blog ini.


Read More Add your Comment 0 comments


 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info