Wajib tengok : Apa pendapat korang?



Ni video yg aku copy paste dari youtube...
tapi memang statement budus lah....jgn igt dah jadi wife pm anda akan jadi bijak dan seempuk kerusi pm...mmmm

http://www.youtube.com/watch?v=15kT3WZjtpE

selamat menonton!


Read More Add your Comment 0 comments


Jangan ingat drive Hilux tu dah hebat!




Hari ni memang the real sejarah lah. Kisahnya bila kereta "my littlr orange" aku di hentam oleh Hilux sorang mamat ni.

Kisahnya bermula bila ada sebuah kereta nak keluar dari parking.Hilux mamat ni dah terlajak terlepas ke depan dari kereta yg nak keluar tu..so kiranya memang aku berpeluang untuk masuk parking tu la. Jadi aku pun cuba la nak masuk..eh eh...tak semena-mena dia undurkan Hilux dia tu very close to my little orange lah. So, tergamam dengan tindak tanduk dia tu..aku hon ler sepanjang2 bunyi hon tu..dia boleh makin laju undur...bayangkan lah...tepi jalan besar, dengan kereta sesak..aku undur ler kereta aku perlahan2 takut kena hentam...dia makin kurang ajar bila undur makin rapat bila aku hon...caranya macam nak ugut aku ler sebab yg drive keta tu pompuan. so aku mengalah lah bagi dia masuk parking cuma aku masih undur perlahan2 ke belakang sebab nak kena hati2 takut nanti tak semena-mena ada kereta yang hentam kereta aku pulak dari belakang. dalam aku dok undur perlahan2 tu...mamt gila ni terus undur hilux dia tu terus hentam bonet keta aku sampai bergegar kereta aku...wah! main kasar nampak...so, aku dengan gaya adiwirawati lah..keluar kereta, ajak dia keluar lah....bagi lah lecture sampai panas telinga dia...

"you ni apa ha...tak tau nak sabar ker..kot yer pun nak sangat parking tu ambik lah..tapi you pekak ker kan i tekan hon tanpa henti bagi tau u...u dah nak hit my bonet tau tak...."

mamat gile : "mana la i nak dengar hon dengan jalan yg sibuk macam ni"..

aku :"tau pun jalan sibuk, yg u tak boleh sabar tu kenapa, kalau tak dengar pun, u still have side mirror..kiri dan kanan plus cermin kat dalam tu untuk double check ada apa2 tak kat belakang before u gostan. fikirlah logik sikit....tekniknalnya u kena pastikan belakang u clear baru u boleh undurkan".

mamat giler : diam.

aku : i bukan terdesak sangat pun nak parking tu....memang i undur nak kasi u tapi u yg jenis tak reti nak sabar....just imagine kalau i gostan melulu aje dengan jalan yg sibuk macam ni, kalau ada kereta yang hentam saya macam mana? i kena slowly gostan...make sure clear dulu... tadi u nampak kan Naza Ria tu hampir2 nak kena dah. fikir lah sikit.jgn pentingkan diri sendiri aje. i bukan jenis yg suka bawa kereta macam u, u tengok kat dlm keta tu, i bawa kids tau. jgn ingat u bawa hilux u boleh rempuh orang sesuka hati aje, hebat sgt ker?, now u decide, u nak settle sini or nak report..if nak report..let go....if nak settle, jom pin bengkel tanya pomen berapa kena."



......diam jugak...muka dah merah dah..cuping telinga terkoyak gamaknya....tengok mata pun tak berani sebab aku pakai spek hitam...hehehe...

so...finally aku dpt lah cash utk settle kan "kecederaan" my little orange" walaupun still tak cukup...

moral of the story:

#1 : jgn ingat bawa hilux dan seangkatannya anda dah rasa hebat sebab ada lebih hebat dari anda.
#2 : jangan pentingkan diri sendiri
#3 : jgn jadi pemandu yang menonjolkan kebodohan melampau.
#4 : jgn ingat "lady driver" boleh dijadikan mangsa anda
#5 : jgn mudah nak mengalah dan menggelabah dengan situasi.
#6 : bla..bla..bla...

jadi, untuk tatapan anda..ini lah dia hilux ituuuu....


Read More Add your Comment 0 comments


Aishwarya Rai : Apahal pulak dia ni....






Cantek kan dia ni...cuba bayangkan kalau dia bertudung..mesti lagi cantik...



Saja...tak dak idea untuk buat posting baru..so sy letak la pic Aish ni untuk tatapan peminat dia termasuk saya..tapi tujuan saya letak pic ni pun sebab ada nak test something, huhu....gapo dio? errmrmm..nak cerita panjang la h pulak...sebenarnya ia berkaitan dengan teknik menjana pendapatan melalui pengiklanan di internet dengan menggunakan gambar2 yang menarik....bunyi nya best kan..memang best kalau boleh buat duit hari2 hanya dengan gambar2 menarik macam ni...

memang bukan sesuatu yang mustahil menjana side income ribuan ringgit melalui internet sekarang ni..ooopssss..maaf ye..sy tak main ler skim piramid etc tu..sy internet marketer cum blogger yang beretika....ada rules tersendiri...

byk sudah experiment yg saya buat, dan teknik britepic ini adalah salah satu daripadany..seronokkk.....hari2 check aje berapa $$$$ yg saya dapat hanya melalui teknik ini.

Ok...chow...


Read More Add your Comment 0 comments


Joke!!!




Practical Joke...., smile...;-))

BRILLIANT STATEMENTS ABOUT THE WAY THINGS REALLY ARE!!

* Most 'First Class' students become Doctors and some Engineers
* Those who get a 'Second Class', pass the MBA, become Administrators and control the 'First Class'
* The 'Third Class' passes, enter politics and become Ministers and control both above
* Last, but not the least, The ‘Failures’ join the underworld and control all the above


Read More Add your Comment 0 comments


Saman Ekor




Kecoh 1 Malaysia bila gov nak blacklist sapa2 yg tak bayar saman. Errrm....kalau tak clearkan saman tu...ada yang tak boleh renew lesen & insuran + road tax. Errrr..aku nak tanya korang la..sebelum ni pun...kalau korang ada saman (sebelum di blacklist la..) boleh ker korang nak renew insuran + road tax...tak boleh kan...so apa bezanya kalau kena blacklist dgn tak blacklist sebelum ni...bagi aku la...rakyat dah macam diperbodohkan aje....berapa byk gov sekarang ni dapat kaut duit rakyat untuk bail out serta gunakan wang rakyat utk projek2 mereka khususnya nak tampung kos pilihanraya...haissshhh!

Baca juga di bawah ini tentang hak anda jika kena saman ekor..

Saman Ekor

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendakla...h membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.



Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.



Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.



Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.



Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?



Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawab saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.



Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.



Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.



Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.



Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?



1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010



JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.



Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?



2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010



JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI



3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010



Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?



Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:



a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.



b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.



c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.



..:: Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE) ::..


Read More Add your Comment 0 comments


Tengah sedih ni...




Hrmmm....tak sangka pula posting terbaru ni berkisar pasal kesedihan yang aku sedang alami sekarang ni. Nak buat macam mana yer. Telan aje ker, atau mengamuk atau merajuk sampai hujung tahun ni? Aku cukup tak suka bila bermain dengan perasaan sedih ni. Memang aku tak suka...1000 kali tak suka bila sedih ni. Tapi dah nak sedih juga. Sebab...mmmm terlalu personal pula nak cerita tapi aku sedih giler la dengan situasi kali ini. Kalau selama ini aku mampu untuk mengontrol diri walaupun aku sedih, tapi entah kenapa kali ini memang aku sedih tak terkata...tak terkawal lagi dah....tengah2 solat tadi pun air mata berjujuran sampai basah telekung aku. Memang sedih giler la. Sebab nya biar aku saja yang tahu, sebab aku memang tak suka cerita aib orang ni....Ya Allah..ampunkan aku...aku insan lemah...sering tewas dengan hasutan dan godaan syaitan laknatullah.

Entah lah....dugaan juga ni...so...sabau aje laaaaaa....


Read More Add your Comment 0 comments


 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info