Ikan Reject!





Aduhai al-kisah nya di siang hari tadi di gerai jual ikan, aku ke situ untuk membeli ikan nak kasi kucing makan.

Kebiasaannya aku beli 'ikan reject' aje untuk kucing kesayangan puteri2 ku itu.

Kebetulan ada seorang pakcik pun nak beli ikan juga. Mula-mulanya dia meninjau-ninjau ikan sambil tanya2 harga. Sekali dia terdengar harga 'ikan reject' yang aku nak beli tu. Terus dia datang.

"Murah pulak ikan-ikan ni, sekilo Rm3..pak cik nak jugak la"...

Gulp! Terdiam aku seketika.....lalu aku jawab balik.

"Pak cik, ni ikan reject ni, tengok la..isi perut pun dah terburai, dah ada bau sikit-sikit ni, tak elok dah pak cik".

Lantas dia jawab, "Tak kisah la, janji anak2 pakcik makan nasi berlauk,nak beli ikan pun kena bajet giler2...barang2 dapur semua mahai nak mampos!".

Aduhai, sayu hati aku....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...terus aku diam! Apa lagi yg mampu aku ungkapkan di saat itu..JIWA KACAU kejap!

So, dia balun ikan tu 2 kilo...untuk tempoh seminggu katanya ...baru 6 hengget! Aduhai!!!!

Moral of the story : Aduhai Pak Menteri, tengok la betapa sengsara Warga Malaysia ini. Rakyat makan ikan reject, korang makan di mana????? Lu fikirla sendiri! Walhal, we are all under the same sun!


Read More Add your Comment 1 comments


[Ebay]: Mukaddimah - eBay Lubuk Duit





Ini posting sy yang awal, sekadar berbicara secara umum mengenai ebay boleh buat duit.

Tak banyak yang sy nak tulis dalam posting ni sebab sy tengah compile langkah2 mudah untuk kawan2 memahami nya dalam masa yang singkat berbanding dengan sy yang terpaksa mengkaji dan mentelaah berhari2 malah berbulan bagaimana teknik2 yang berkesan untuk menjana income dengan ebay.

Niat saya hanya 1, ingin membantu para sahabat/surirumah yang buntu mencari income sampingan tanpa perlu meninggalkan anak2. Sy faham dan telah mengalami semua situasi itu.Sebab itulah, dengan ikhlas saya akan berkongsi apa saja ilmu ebay dengan PERCUMA sahaja :) .

Jika anda dapat USD1.00 sehari dengan ilmu yang bakal sy curahkan ini nanti, sy amat berbesar hati apatah lagi kalau dapat ribu riban..lagi beeerrrrrrbesar hati saya :))).

Kalau orang lain buat ebook berbayar, sy? sy tak nak semua itu. ilmu itu sy bagi percuma saja, tapi yang perlu anda lakukan adalah amal & usaha berpandukan dengan ilmu yg diperolehi..cukuplah bagi sy.

Biarlah anak bangsa saya dapat memanfaatkan ilmu ebay dengan sebaik mungkin.

Ok. jangan lupa ye, sy akan masukkan post by post teknik2 ebay ni.

............Suara-ummi : untuk sahabat taulan kerana Allah.........


Read More Add your Comment 0 comments


Surirumah berniaga dari rumah sambil jaga anak2!




Wala..agak segan juga saya nak tayang2 duit ni....takut orang kata nak menunjuk-nunjuk pulak...jauh sekali untuk riya' dengan apa yang diberikan Allah swt. Sy amat bersyukur kerana ditunjukkan jalan, diberikan ilmu untuk menjana income secara sambilan hanya dari rumah.

Kalau dulu, internet ni saya guna untuk check email, layan Facebook, download itu, download ini...tak pernah terlintas pun nak jana income melalui internet. Tapi setelah sy baca banyak kisah2 kejayaan sahabat2 menjana income sambilan melalui internet (bukan MLM etc la)...sy pun cuba2 lah membaca ebook-ebook percuma yang saya dapat melalui free subscription...tak kisah la english atau bm..mostly english la..sebab agak sukar untuk dpt ebook sebegini dlm BM..hanya sejak kebelakangan ini aje muncul macam2 ebook dalam Bahasa Melayu..itu pun berbayor....betul tak?

Jadi, walaupun English sy agak moederate, sy cuba juga baca & faham apa yang diceritakan dalam ebook kejayaan Mat Saleh dlm perniagaan internet. Setelah saya mengkaji apa kah bahagian yang sesuai untuk menjana income secara halal....sy hanya terpaut pada Ebay...ye eBay...

eBay, boleh diibaratkan gedung jualan terbesar di dunia..tanpa sempadan. Sebut saja eBay..semua orang tahu. Apa saja barang yang anda nak, boleh dicari & dibeli di eBay. Jadi sy buat keputusan untuk kaji eBay, kaji produk apa yang nak dijual dan demand nya tinggi....

Hasilnya skrg memang boleh buat saya tersenyum lah..tak sia-sia orang kata.

Cuma apa yang penting kita kena fokus lah....

Setiap malam, selepas semua anak2 tido, baru saya mulakan operasi saya...kebetulan, pelanggan biasanya semua dari oversea...jadi kita malam, dia org siang...so bertepatan sgt lah....time tu la nak entertain future customer...

Kalau ada iklan2 sy pasal program klik sini dapat duit, klik sini dapat $$$..itu hanya lah sekadar "picisan"...sy tak seriuis sgt tu....sejujurnya tak banyak pun sy dapat dari program macam tu....seminggu nak dapat RM1.00 pun SAKIT! Hehe.

Ok lah..sekadar nak berkongsi pengalama saya dengan ibu2 yang ingin berniaga menggunakan platform internet. So, dalam keghairahan nak cari duit..kena kaji jugak status halal haram yer..jgn redah aje....:D

Ok..chow dulu...jumpa lagi.

Suara-Ummi


Read More Add your Comment 0 comments


[Video]:Bayi dibuang dari bangunan tinggi.



Luluh hati aku bila baca berita2 pasal bayi ni. Ni memang haramjadah punya manusia ni..buang bayi dari tempat tinggi....memang tak de hati perut langsung.

Entah manusia jenis apa ni.

Sudah sampai masanya kerajaan ambil tindakan drastik...hukuman lebih keras terhadap mansia yang melakukan jenayah buang & bunuh bayi ni. Aku dah tak sanggup lagi dah. Serius...menetes ayer mato aku tengok video ni....

Sial betul manusia yang buat semua ini. Sial! Sial! Sial!




Read More Add your Comment 0 comments


 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info