Gambar Stadium Sultan Muhamad V - Kelas gitu!
Tak tahu nak kato gapo la....Old Trafford pun kalah ni....mengagumkan...
Ini merupakan pandangan bucu hadapan. Nama stadium insya Allah ialah Stadium Sultan Muhammad V, sempena Sultan kita yang tersayang. Allahuakbar! Gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Berani kah musuh bertandang ke Fortress The Red Warriors?
Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.
Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan. Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan.

Jadual Perlawanan AFC Cup
FYI; to all football fans :)
"The Red Warriors"
Pemain Paling Berharga & Supermokh Award - Lebih menyerlah dari pemain import. Siapa kata bola sepak tempatan tiada pemain hebat?
Jadual Perlawanan AFC Cup.
1st Round : 7/3-TRW vs Navibank
21/3-Ayeyawady vs TRW
4/4-TRW vs Arema Malang.
2nd Round : 10/4-Arema Malang vs TRW
24/4-Navibank vs TRW
8/5-TRW vs Ayeyawady

Kelantan Baham Selangor [video jaringan]
Ni posting yang paling mengujakan aku..hahaha...setelah hampa di paroi, The Red Warriors mengamuk di Shah Alam. Mangsanya adalah The Red Giant aka Selangor. Memang TRW telah membaham TRG tanpa belas kasihan dengan kemenangan besar. Oh! Make gulai betul puok2 kito. Good job all to TRW's players. Lemah longlai benteng Selangor dibelasah TRW.
Seawal minit ke-4, gol Selangor bolos dengan jaringan Ramzul. Diikuti dengan kenduri gol2 lain.
Keadaan di stadium diselubungi warna merah dan "ombak" yang dihasilkan oleh penyokong2 TRW. Tahniah juga kepada penyokong kerana menjaga tingkah laku anda.
Lihat video jaringan dari TRW
