Teknik Pemasaran Melalui Youtube
Hasilnya cukup membahagia kan :)
Ramai yang mengutuk dan mengeji tapi ada aku kisah?
"Jika tidak mampu menjadi garam memasinkan ikan, janganlah pula menjadi langau yang mengulatkan ikan tersebut"

Nouveau Catalogue Bioasli, plus intéressant, compact et simple.
Video: Bioasli French News
Nouveau Catalogue Bioasli, plus intéressant, compact et simple.
>>>> Click HERE

Jus Herba Kelapa Dara - Gout
JUS HERBA & GOUT
Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan :
“ Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.”
Hadith riwayat Abu Daud.
Sesungguhnya sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta. Namun khazanah yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.

Jus Herba Bio-asli adalah rumusan dari herba terpilih, warisan zaman berzaman, generasi yang mementingkan kesihatan. Gabungan herba terbaiknya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolism, serta melancarkan sistem perkumuhan. Tubuh tidak akan menghasilkan terlalu banyak asid urik, dan tubuh mudah dapat pula menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.
Jus Herba Bio-asli bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam pemakanan.
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol (haram menurut Islam) dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
* Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
* Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
* Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Bagaimana Jus Herba BioAsli dengan masalah gout ?
Gabungan herba terpilih sebahagiannya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolisma yang membolehkan tubuh dapat menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.
Perlu juga diingatkan bahwa Jus herba Bio-Asli bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama ini. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam pemakanan.
Berikut adalah rumusan rengkas khasiat-khasiat herba dalam rumusan Jus Herba Bio-Asli :
Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my
PENAFIAN:
Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
