Malaysia Cup - Sambungan
N9=3, Kelantan =1...ok lah tu...adat pertandinganlah..ada menang, ada kalah. Bukan soal kalah menang yang ummi nak bercerita. Ini pasal gelagat @ kelakuan penyokong yang membaling mercun, botol air dan objek yang tak sepatutnya. Ummi tak tahulah sebab tak pi stadium pun cuma lihat dari kaca TV aje. Dari situ pun ummi dapat agak dah apa yang depa dok baling-baling tu. Cuma yang lebih sedih lagi ada yanng sanggup bakar tempat duduk penonton tu. Ini semua gara-gara tak puas hati lah tu. Ummi tahu penyokong pasukan mana tu ..tak perlu lah ummi nyatakan. Apa-apa pun semua sudah berakhir...syukur juga sebab tak ada insiden yang memudaratkan seperti yang berlaku di stadium sultan muhammad, kota bahru tempoh hari.
Tahniah kepada N9 kerana dapat menjuarai Piala Malaysia 2009...untuk The Red Warrior...cuba lagi...
Tags: Sports

Share your views...
0 Respones to "Malaysia Cup - Sambungan"
Post a Comment