RM5, RM50, RM500 - Which amount?



Agak-agaklah berapa agaknya nak kirim/bagi kat mak ayah kat kg untuk bulan ni yer? Nak bagi lebih or sama aje macam bulan lepas.Dilema tu.

Pasti ramai yang akan jawab...dapat banyak, bagi banyak la.Dapat sikit, bagi sikit. Tapi, persoalannya sampai bila perkara ini akan berlaku. Asyik macam ombak aje incomenya. Eh! macam ombak ker? Setahu saya kalau yang makan gaji..tak ada pattern ombak kan...it just mendatar aje..turun tak, naik pun tak. Ada lah naik sekali sekala..itupun kalau naik. Faham ker maksud saya? Maksudnya..itupun kalau ada increment or bonus lah tu. Kalau tak dak..hmmmmm...tak dapat nak kasi lebih la kat mak bapak kat kg...or tu pun kadang-kadang "miss". Betul tak? Sebabnya...banyaaakkk...bayar car loan, housing loan, personal loan, gaji maid or nursery, credit card?? errmmm PTPTN dah settle belum? Adush!!! Terbang lagi duit aku...macam mana ni..gamaknya bulan ni tak dapat lah kirim kat mak...aduyai..kesian kat mak.

Itulah senario seorang yang bergaji tetap. So, apa alternatifnya. Sebenarnya banyak sangat peluang untuk membuat pendapatan sampingan, tetapi masih ramai yang tidak tahu atau tak pandai merebut peluang. Padahal, semua dah tersedia..tinggal lagi sedikit usaha...dalam 0.01% sahaja. Itupun masih tak nak. Bila dah mindset "makan gaji", gitulah jadinya. Dah tak boleh nak "berfikir diluar kotak" macam mana nak buat income tambahan. Tengok orang lain beli itu beli ini, dia pun sibuk. Sedangkan orang tu bijak merebut peluang yang ada tapi dia..harapkan gaji masuk akaun setiap hujung bulan...bulan lepas banyak tu..bulan ni pun banyak tu la...

Helo...celik..celik..buka minda...sekarang ni zaman internet. Berniaga era ini tak semestinya kena buka gerai tepi jalan...kena sewa lot niaga...kena ada premis baru boleh berniaga. Semua hanya depan komputer aje. Ramai yang dah boleh hidup senang-lenang dengan hanya duduk depan pc..buat promosi melalui internet...2 - 3 jam sehari pun dah memadai...boleh pun mereka ni pakai kereta mewah..tinggal dirumah besar. Oooppsss...jangan pula pilih Skim Pelaburan Cepat Kaya tu. Salah tu! Yang saya maksudkan di sini adalah menjual produk @ kepakaran anda menggunakan internet sebagai mediumnya. Tak perlu lagi nak berpeluh-peluh ke hulu ke hilir menjual produk. Semua dihujung jadi aje. Tapi sayangnya, ramai yang tak gunakan medium hebat ini. Yang depa tahu hanya chatting, email, dengar lagu dan paling dahsyat buat fitnah. Buang masa dan tenaga semua tu. Cuba tanya diri anda...dah berapa lama anda guna internet ni? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Apa return of investment yang anda dapat. Pernah tak anda dapat even RM1.00 sepanjang anda menggunakan internet? Pernah tak internet memberikan anda duit? Jika jawapan anda TIDAK. Eloklah anda berhenti menggunakan internet dari sekarang sebab anda adalah manusia yang paling rugi. Bagaimana anda boleh hanya melihat peluang berlalu begitu sahaja sedangkan orang lain berlumba-lumba membina kekayaan & kejayaan hanya melalui internet dirumah bersama keluarga tanpa perlu mengamalkan konsep 9 to 5. Bersesak-sesak dijalan raya, kadang-kadang tak sempat nak sarapan kat rumah pun (from experience lah). Tinggal anak dengan pengasuh yang entah bagaimana keadaannya. Hati asyik gundah gulana aje teringatkan anak-anak dirumah atau di pusat asuhan.

Era sudah berubah. Cara bekerja pun dah berubah. Cara mencari duit pun sudah berubah. Bila lagi anda nak ubah cara hidup anda? Alhamdulillah, saya tidak perlu lagi bergegas bangun pagi nak siapkan itu ini sebab nak masuk opis. Rumahku, Opisku!!! Anak-anak pun happy, mama sentiasa ada di sisi. Jangan anda nafikan lagi ledakan perniagaan melalui internet ini memang hebat!

Apa kata, anda cuba dulu secara kecil-kecilan, pasti anda tersenyum lebar!

Ok lah..panjang pulak. Biasalah..sekadar berkongsi cerita!




Share your views...

0 Respones to "RM5, RM50, RM500 - Which amount?"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info