Kahwin!





Alhamdulillah, banyak sungguh jemputan kenduri kahwin, maklum lah tengah cuti sekolah ni. Maka ramai lah orang kahwin. Tak putus-putus undangan diterima. Every weekend aje, dapaur kat rumah tak payah lagi nak berasap. Seronok juga makan kenduri ni. Tengok pengantin, teringat zaman dulu-dulu masa baru-baru kahwin.Macam-macam perasaan ada, gembira, malu, nervous, rasa nak pitam, nak terkencing terberak...macam-macam lah. But so sweet. Seronok sangat digelar "Raja Sehari"..tak tahu lah sesuai tak untuk pengantin perempuan digelar "Raja Sehari". Whatever.

Yang bestnya, pasangan yang kahwin tu dari latar belakang adat yang berbeza lagi seronok sebab dapat merasa pelbagai kelainan masakannya. Dan boleh lihat perbezaan cara kenduri itu dilaksanakan. Memang best!

Tapi, sekarang kan tengah hot pasal "mas kahwin" kat Selangor yang dah dinaikkan kepada RM300 berbanding agak rendah sebelum ini. Apa nak dikato. Zaman dah berubah. Jadi macam-macam perkara lah berubah. Ada yang setuju, ada tak setuju, well..normal lah tu. Mungkin pihak yang berwajib telah mengkaji buruk baiknya kenaikan mas kahwin itu. Mahal atau murah mas kahwin bukan soalnya. Kalau dah sayang, apa aja sanggupkan. Lautan api sanggup ku redah..haha..betul ker?

Jadi, kepada pasangan-pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, hari ini, esok atau dalam masa terdekat ni...selamat menempuh alam berumahtangga ye. Sabar itu lah kuncinya dalam melayari bahtera rumahtangga. Jangan mudah nak melenting atau merdang bila ada yang tak kena. Seeloknya berbincang hati ke hati. Memanglah awak tu dah kenal pasangan awak but lain bila dah tinggal sembumbung ni. Thing will be different...totally different.




Share your views...

0 Respones to "Kahwin!"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info