10 Cara Menggunakan Facebook Untuk Meningkatkan traffic Di Laman Web Anda




Lebih daripada 115 juta orang log masuk ke laman Facebook setiap
bulan. Ia merupakan jaringan sosial yang terbesar dan satu tempat
yang menarik di dalam web untuk membina jenama anda dan membawa
traffic ke laman anda. Anda boleh mendapatkan pendedahan segera
kepada perniagaan anda menggunakan teknik-teknik yang
dibincangkan di dalam artikel ini.

1. Membina satu jaringan Facebook. Sebelum anda mula untuk
mengaplikasi mana-mana teknik yang dibincangkan di sini, anda
perlu membina satu jaringan rakan-rakan Facebook. Untuk
melakukannya, sertai beberapa kumpulan yang berkaitan dengan
perniagaan anda dan beberapa kumpulan yang anda sangat minati.

Tanya orang yang berada di dalam kumpulan-kumpulan untuk
menambah anda sebagai rakan mereka. Facebook juga mempunyai satu
alatan hebat yang mencadangkan orang yang mungkin anda ingin
kenali. Hantar permintaan kepada orang-orang tersebut untuk
menambah anda sebagai rakan mereka. Hantar mesej pendek
menjelaskan kenapa anda mahu untuk menjadi rakan mereka. Jika
anda menghantar 20 permintaan setiap hari, anda boleh mendapat
jaringan lebih daripada 1,00 kenalan di dalam masa dua bulan.

2. Kemaskini status anda setiap hari. Log masuk setiap hari dan
kemaskini status anda. Jangan gunakan mesej-mesej status seperti
“Saya sedang tidur sekarang”, “Baru balik daripada
kerja”. Mesej-mesej status seperti ini tidak menarik. Gunakan
petikan kata-kata orang yang terkenal berkaitan perkara spesifik,
contohnya kasih sayang, dedikasi, etika kerja, keamanan,
peperangan, dan lain-lain. Anda juga boleh menggunakan jenaka.
Matlamat anda adalah untuk menarik perhatian orang kepada mesej
anda supaya mereka akan melihat profil anda untuk mengetahui
lebih lagi tentang anda.

3. Ucapkan selamat hari lahir setiap hari. Facebook juga
memaparkan hari lahir rakan-rakan di dalam rangkaian anda yang
bakal tiba. Setiap hari hantar ucapan hari lahir kepada mereka
yang menyambutnya. Baca profil mereka untuk mengetahui dengan
lebih lanjut tentang mereka dan tulis mesej peribadi yang menarik
di paparan muka laman mereka. Jangan gunakan mesej-mesej hari
lahir yang dicetak sama untuk semua orang.

Apabila anda menulis di paparan muka Facebook rakan anda, semua
orang di dalam rangkaian akan mendapat berita kemaskini anda.
Anda perlu menulis sesuatu yang menarik perhatian. Anda mungkin
mereka 10 hingga 20 mesej-mesej hari lahir yang mencuri perhatian
dan kemudian ubahnya sedikit untuk setiap rakan.

4. Bina satu halaman perniagaan. Selain halaman peribadi anda,
anda juga patut mereka satu halaman perniagaan. Mencipta satu
halaman perniagaan adalah serupa dengan membuat halaman peribadi
di Facebook. Reka satu logo yang cantik dan gunakan ia untuk
gambar halaman perniagaan anda.

Seterusnya, jadi salah seorang peminat halaman perniagaan anda.
Anda boleh menggunakan halaman perniagaan untuk melancarkan
kempen pengiklanan yang disasarkan di Facebook. Promosi halaman
perniagaan Facebook anda menggunakan blog, komen blog, serta
lain-lain dan tanya orang untuk menjadi peminat perniagaan anda.
Gunakan sedikit bahan-bahan promosi, seperti t-shirt percuma,
buku elektronik percuma dan sebagainya sebagai insentif untuk
menjadi seorang peminat.

5. Label gambar-gambar promosi menggunakan nama-nama rakan anda.
Muat naik semua gambar-gambar promosi ke halaman perniagaan anda.
Sesetengah orang melabel gambar-gambar ini dengan nama-nama rakan
mereka yang berpengaruh di dalam rangkaian. Gambar promosi anda
akan keluar di bahagian news feeds rakan anda tersebut. Sekali
anda membuat satu jaringan rakan, buat satu senarai rakan dengan
jumlah rakan yang tinggi, dengan jumlah lebih daripada 1000.
Sediakan rangkaian mini anda untuk melabel nama masing-masing di
gambar-gambar promosi.

6. Tukar status perhubungan anda dengan kerap jika boleh. Satu
daripada aktiviti yang jarang berlaku di Facebook adalah menukar
status perhubungan. Kerana orang tidak menukar perhubungan mereka
dengan kerap, Facebook meletakkan perkara yang penting untuk
menukar perhubungan dan menghantar berita kepada semua orang di
dalam rangkaian anda pada bila-bila masa terdapatnya perubahan di
status perhubungan anda.

Orang ramai telah meneliti ketidakpastian ini untuk menarik
perhatian ke profil mereka. Merka menukar perhubungan mereka
hampir setiap minggu dan cuba untuk menarik pengunjung-pengunjung
ke profil mereka. Ianya terpulang kepada mereka untuk menggunakan
teknik ini kerana ia mungkin tidak menggambarkan status
perhubungan anda yang sebenar.Jika anda gunakan teknik ini,
jangan lupa untuk siarkan sedikit bahan-bahan promosi di bahagian
promosi peribadi anda.

7. Hadiri Pelbagai Acara. Facebook merupakan tentang perjumpaan
rakan-rakan di suatu tempat untuk acara tertentu,sebenarnya untuk
alumni kolej. Facebook memberi keutamaan yang tinggi untuk
acara-acara di bahagian news feed. Misi anda ialah untuk RSVP
semua acara di dalam rangkaian anda walaupun anda tertinggal
beberapa daripadanya.

Apabila rakan-rakan anda melihat anda merupakan pengunjung acara
yang kerap, mereka akan menganggap anda sebagai sumber acara.
Helah ini adalah untuk memaparkan nama anda di semua tempat yang
anda boleh. Oleh kerana rakan-rakan anda melihat nama anda
beberapa kali, sesetengahnya akan berasa ingin tahu untuk melihat
profil anda.

8. Import pos blog anda. Jika anda mempunyai blog, import RSS
feed blog anda ke Facebook. Facebook akan menyiarkan artikel di
dalam feed sebagai nota Facebook secara automatik. Galakkan
rakan-rakan anda untuk memberi komen terhadap artikel anda di
Facebook. Anda juga boleh melabel rakan-rakan di dalam artikel
tetapi jangan lakukan secara berlebihan.

9. Poskan komen-komen di kumpulan-kumpulan yang terkenal. Lawati
kumpulan yang terkenal di Facebook yang anda telah sertai secara
berkala dan poskan komen-komen. Juga seperti komen blog atau pos
untuk forum, komen kumpulan yang terkenal Facebook juga akan
menarik perhatian kepada nama anda serta profil. Tambahkan
sesuatu yang berharga atau poskan satu sambungan yang menambah
nilai kepada topik di bawah perbincangan.

10. Mulakan acara anda sendiri. Acara-acara adalah terkenal di
dalam Facebook dan jika anda boleh mempromosikannya dengan betul,
ia akan memberi kesan dan ribuan orang akan mendaftar untuknya.
Hantar jemputan kepada rakan-rakan rangkaian anda yang mempunyai
ribuan rakan lain di dalam rangkaian mereka dan juga kepada
rakan-rakan wanita yang menarik perhatian di dalam rangkaian anda
yang mungkin tidak ramai kenalan.




Share your views...

0 Respones to "10 Cara Menggunakan Facebook Untuk Meningkatkan traffic Di Laman Web Anda"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info