Sudah2 lah sebarkan email sebegini...




Alhamdulillah..syukur..lama juga rasanya saya tak berkesempatan nak buat posting kat blog SuaraUmmi ni...maklumlah melayan karenah anak yang baru masuk sekolah arus perdana..macam-macam hal...sebelah malamnya..tok leh nak cerito la kelesuan badan ni ditahap yang kronik...tidur seawal 9.00 malam..ngalahkan orang yang kerja 9-5...hehe...anyway..bukan ini yang saya nak kongsikan dengan anda, tetapi pasal satu email yang saya dapat dari kenalan (tak nak mention lah, takut kecik hati lak).

Bila saya buka aje email yang ni, maka nampak lah gambar posing maut seorang kakak kepada artis kelahiran program realiti..artis ni bertudung. Cantik dan putih melepak orangnya. Cuma saya agak kurang senang dengan penyebaran gambar-gambar kakak kepada artis berkenaan. Tak kisah lah, kalau dah gitu cara hidup dia, dengan berpakaian mendedahkan aurat, itu pilihan dia. Apa yang penting kita sepatutnya(if can) cukup-cukup lah menyebarkan gambar2 dia. Seolah-olah kita pun bersama-sama menyokong dia mendedahkan aurat. Dengan menyebarkan / forwardkan gambar2 dia kepada org lain secara tak langsung kita menolong dia dedahkan aurat dia kepada entah berapa ramai orang. Ye la..emailkan senang..sekejap aje..2 3 saat dah sampai...lagi-lagi kalau diforwardkan kepada kawan2 lelaki. Kan tak elok tu. Cukuplah dia mendedahkan aurat dia by herself, kenapa kita pulak nak panjangkan gambar tu kepada orang lain. Alangkah baiknya inbox kita adalah destinasi terakhir penyebaran gambar mendedahkan aurat itu. Tak payah nak forwardkan kat orang lain..delete terus..habis cerita. Dan, saya tertanya-tanya apa salah dia pada kita sampai kita nak sebar2kan gambar dia kat orang lain. Janganlah sesekali kita salah guna teknologi email ini utk menokok tambah dosa-dosa kita yang dah tak tertanggung. Gunakanlah email utk amal jariah...kan elok tu.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana buat masa ini, email-email sebegini cepat-cepat saya delete. Sebab saya tak nak bersubahat dalam penyebaran gambar2 seksi yang tidak mendatangkan sebarang munafaat kepada semua. Suka-suka? Jangan kawan..suka-suka boleh jadi duka, mungkin tidak hari ini, tapi esok lusa..akhirat..kita tak tahu...jadi renung-renungkanlah..

saya tahu saya bukanlah alim dan baik sangat, tapi tidak salah untuk menasihati dan bersama-sama berusaha berubah ke arah yang lebih baik, lagipun kita baru sahaja menyambut tahun baru 1413 Hijrah...jadi tanamkan nekad untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum. Wallahuallam.




Share your views...

0 Respones to "Sudah2 lah sebarkan email sebegini..."

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info