Berus produk Simplysiti dari kulit babi?
OK, nak cerita pasal Siti Nurhaliza pulak hari ni. Aku bukan la fanatik sangat pun dengan dia. Cuma kagum dengan bakat dia aje...nyanyi sedap, ngaji Quran pun sedap.
Ini pun bukan pasal kisah nyanyian dia, cuma pasal produk dia, Simplysiti atau SS.
Kan ada cerita pasal yang kata bulu berus pemerah pipi produk SS tu diperbuat dari bulu babi. Adus. Kalau aku pun memang meradang jugak dengan spekulasi sebegini. Ye la kita keluarkan produk, jual....org pakai...tup tup tup tersebar merata2 segenap pelusuk melalui akhbar, blog dan etc tentang bulu babi ni.
Macam ni la, bagi aku Siti dah bagi penjelasan tentang spekulasi itu. Dan dia dah buat PC kisah2 di sebaliknya. Aku yakin dia bukan jenis yang tak tahu hukum hakam sebab tu dia ambil tindakan menyamak kilang di Korea tu. Kira dia ambil berat lah pasal halal haram semua ni. Sebab, last resort kalau dia tak ambil tindakan begitu dia akan tanggung segalanya di akhirat nanti. Cuma, mungkin spekulasi bulu babi ni di ambil sebelum kilang itu disamak. Jadi, ia terus-terusan tersebar.
Kesian juga aku kat dia ( dalam konteks anak melayu nak maju....walaupun dia dah kaya raya). Apa-apa pun hanya dia yang tahu apa yang dia buat. Kalau katanya tidak dari bulu babi...kita percayalah. Kalau tidak benar penjelasan dia tu...dia jawab lah nanti. :)
Tags: Isu Semasa, Things Under Sun

Share your views...
0 Respones to "Berus produk Simplysiti dari kulit babi?"
Post a Comment