Nuzul Al Quran.




Hari ini Selangor cuti sempena Nuzul Al Quran.

Jadi tak ada apa yang nak dibuat hari ini, maka Admin ambil kesempatan ini untuk mengajar dan membantu anak menghafal beberapa perkara yang berkaitan dengan solat.

Pertama, doa Qunut..alhamdulillah..syukur sangat sangat sebab dalam tempoh tak sampai 1 jam, anak admin sudah mampu mengingati doa qunut dengan lancar. Patut lah selama ini dia tak nak solat Subuh, rupa2nya dia tak ingat doa Qunut. Now, sekarang dia dah hafal..maka harapnya dia tak akan ada alasan lagi untuk bangun pagi solat Subuh..amin!

Kedua, solat sunat Dhuha...rupa2nya dia lebih terer pasal solat Dhuha dari admin...(malu dengan anak..)..doa selepas solat Dhuha bukan main laju dia baca....syukur....Allah swt terangkan hatinya untuk menghafal semua itu.

Jadi, seeloknya masa2 yang terluang beginilah untuk kita mendekati anak-anak, mengajar mana yang kita tahu (kalau kita tak tahu...rujuk lah tok guru). Dengan suasana santai, anak lebih ceria dan semangat untuk belajar malah proses untuk mengingati apa yang dipelajari cepat.

OK..berbalik kepada Nuzul Al Quran, adakah kita tahu apa ertinya semua itu.


Bacaan lanjut di sini.




Share your views...

0 Respones to "Nuzul Al Quran."

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info