Tolong Peka bila "Berasap"
Merokok; Gaya atau Ego?
Itu pilihan masing-masing. Cuma apabila "menikMATI" tembakau tu, kami yang lain memohon agar peka kepada persekitaran bukannya buat PEKAK BADAK atau buat bodo aje. Bukan semua yang "bertuah" itu dapat menikmati tembakau itu. Kepada yang alah, asma, hamil dan lain-lain perlu PEROKOK ambil kira keadaan mereka. Jangan sedap aje sedut masuk hembus keluar, orang lain dapat asap korang.
Tidak lelakikah seseorang jika tidak merokok?
Ikut hati ini nak aje aku doakan orang yang hisap rokok tu cepat mati, tapi jahat lah pulak, mana boleh doakan orang cepat mati, tapi jahat lagi perokok ni sebab hembus asap sesuka hati aje kat orang, tak peduli org tu hamil ker, kanak-kanak ker ada di sekitar mereka, jahat kan! Ada otak tak nak pakai, itu lah jadinya, yang dia tahu sedaaaappp aje berasap. Kalau boleh aku nak buat sempadan, ada aje asap rokok dia masuk sempadan aku, mampus aku kerjakan...aci kan! So pandai2 lah perokok nak kawal asap yang korang hembus tu agar jangan masuk sempadan aku!
Ni, aku nak nyatakan kat sini 10 fakta buruk tentang rokok, tapi aku rasa perokok tegar ni memang tak makan samannya....
1. Di seluruh dunia, secara purata kira-kira 10 juta rokok dibeli hanya dalam seminit dan 15 billion dijual setiap hari.
2. Kandungan nikotin dalam empat atau lima batang rokok sudah cukup membunuh seorang lelaki dalam masa sehari jika ia terus ditelan - padna muka!
3. Kini di seluruh dunia dua daripada lima remaja bawah umur sudah mula merokok dengan kuantiti 13 hingga 15 batang sehari - disaster ni!
4. Terdapat 1.1 billion perokok dicatatkan dalam dunia hari ini dan jika trend ini berterusan, jumlah ini dijangka meningkat ke 1.6 billion menjelang tahun 2025 - harap2 perokok sekarang ada lagi la time ni sebab nak tengok statistik ni kan!
5. Nikotin, kesan bahan bahaya yang terdapat dalam rokok mampu sampai ke otak hanya dalam masa 10 saat - perokok peduli apa!
6.Rokok meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 40% dan 25% untuk strok - sebelum kena hisap la puas2 dulukan!
7. Hidrogen Syanide, salah satu hasil toksik berbahaya yang ada di dalam asap rokok pernah digunakan sebagai bahan kimia pembunuhan ketika Perang Dunia II. - taraaaaa!!!
8. Dlm setiap batang rokok terdapat 20% gula, menghisap rokok juga menambahkan risiko penyakit kencing manis kepada penghisapnya - hisap la banyak2 yer!
9. Setiap 8 saat, 1 nyawa melayang akibat menghisap rokok. Akibatnya, ia mencatakan kira2 5 juta kematian setiap tahun - tak pe anda akan join statistik ni suatu hari nanti kalau tak stop dari sekarang.
10. Telah dilaporkan bahawa kira2 3000 orang mati disebabkan terhidu asap rokok (second hand smoke) setiap tahun - celaka perokok, korang pembunuh!
Sumber : Majalah Maskulin :)
Tags: Isu Semasa, Things Under Sun

Share your views...
0 Respones to "Tolong Peka bila "Berasap""
Post a Comment