FA Cup 2012 - Kelantan The Champion



Last night will be ours when Kelantan aka The Red Warriors won the match against Sime Darby .

Dengan stadium dipenuhi dengan lautan penyokong Kelantan yang memakai jersey kebanggaan Kelantan berwarna merah melebihi 80,000 orang atau kira2 90% dari Stadium Nasional Bukit Jalil.


Seawal jam 11.00 pagi lagi para penyokong "The Red Warriors" sudah mula berkumpul di perkarangan stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka Kelantan.


Di perkarangan stadium dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai jualan barangan cenderahati pasukan Kelantan seperti t-shirt,topi, cakera padat, mafla dan sebagainya untuk dijadikan kenangan para penyokong.


Biar pun perlawanan hanya bermula pada 8.45 malam, namun para penyokong tetap sabar menunggu diperkarangan stadium sambil menikmati "gulai kawah" tiga ekor lembu diperkarangan stadium. Tidak pernah ada dalam sejarah sukan bola sepak susasana yang meriah sebegini umpama satu perayaan. 


Dalam pada itu tidak kurang juga ada yang kurang senang melihat kejayaan pasukan Kelantan dan kesetiaan para penyokongnya. Malah, individu-individu tertentu dalam badan induk bola sepak Malaysia sendiri seolah-olah berperangai macam kebudak-budakan apabila memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab memberi nafas baru kepada pasukan Kelantan iaitu Tan Sri Anuar Musa. Seolah-olah kenyataan yang dikeluarkan itu menggambarkan bahawa TSAm tidak layak untuk bersama pasukan Kelantan hanya kerana beliau dihukum gantung akibat insiden yang masih kabur bentuk kesalahannya. Seperti kata TSAM, ini adalah "free country" dan dia berhak untuk bersama-sama peminat (bukan atas kapasiti jawatan yang digantung dlm FAM) untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan terhebat negara ini.


Kejayaan malam tadi menggambarkan bahawa Kelantan adalah pasukan terbaik di Malaysia kerana prestasi semasanya yang konsisten dan buat masa ini amat suskar untuk dijinakkan oleh lawan.


Pasukan Kelantan juga telah berjaya merangkul piala-piala yang ada di Malaysia ini :


Piala Malaysia, Piala Emas Raja-raja, Piala Agong, Piala Presiden, Piala FAM, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Liga Perdana 2.

Dan akan menyusul adalah Piala AFC yang mana Kelantan akan berdepan dengan Terengganu pada Pusingan Kedua nanti di Kota Bharu.

Melihat kepada perlawanan dengan Sime Darby malam tadi, boleh dikatakan SD bukanlah lawan sebenar Kelantan kerana SD hanya sekadar bermain secara bertahan dan seolah-olah tidak mampu untuk memecah benteng pertahanan Kelantan. SD juga bermain dengan berhati-hati dan boleh dilihat hampir kesemua pemainnya akan berkumpul dihadapan pintu gol ;umpama sebuah bas ekspress diletakkan secara melintang bagi menghalang Kelantan dari menjaringkan gol. Sesungguhnya SD perlu lebih banyak pendedahan pengalaman bagaimana cara atau taktik yang "cerdik" untuk menghadapi lawan seperti Kelantan. Perlawanan begitu hambar akibat SD yang hanya meletakkan semua 11 pemainnya dihadapan gol bagi mengelakkan gol mereka dibolosi. Tetapi, akibat itu juga lah mereka terpaksa mambayar harga yang tinggi apabila menjatuhkan pemain Kelantan di dalam kotak penalti. 

Tahniah kepada The Red Warriors.




Share your views...

0 Respones to "FA Cup 2012 - Kelantan The Champion"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info