Macam-macam cerita



Hi there, apa kabar semua wahai pelawat2 blog SuaraUmmi ni.Hmmm...agak lama rasanya..memang la lah..tak ade rasa-rasa lagi.....tak update blog ni. Kenapa yer..ntah la...kenapa..sebab apa pun tak tahu...or may be sebab lebih tertumpu pada posting kat facebook ( www.facebook.com/rohazabungadolmat) agaknya....hehhe tu la..apa la facebook ni...buat ornag leka aje nak update personal blog... so, apa cerita kawan-kawan. since dah lama tak buat new post...rasanya banyak benda yang boleh dicoretkan kat sini. tak kisah lah citer pasal diri sendiri, agama, politik, sukan dan lain yg sewaktu dengannya.. ok, mula2 kita cerita sebab musabab yg mendorong Admin untuk update posting kat sini adalah keranan anakanda yg sulung Admin merajuk sakan malam ni....so sebab malas nak melayan dia menangis dan melalak serta mengada-ngada, dia pegang tak lepas dah remote control tv.....taruk dalam dia punya baju...lepas tu baring tak berganjak walau seincin pun dari depan tv.....tak kasi kasi orang lain tengok tv....channel nya pulak..aduyai mak oi....apa lagi kalau bukan Channel Astro Ceria 611...Geng Bas Sekolah lah..menda tah lagi....mama dan papa dah naik pening kepala..terpaksa la menyerah kalah..so tak de pilihan lain..mama yg dah kebosanan nak tengok olimpik ni terpaksa ler mengadap laptop lantas jenguk2 blog SuaraUmmi ni.....ermmm...seronok jugak yer mengarang panjang2 ni....ha ha ha Oh, cerita pasal Olimpik London 2012 ni, masih panas lagi...rata-rata kat newspaper, blog, facebook, twitter, online portal semua bercerita pasal kekalahan Datuk Lee Chong Wei....pada saya lah..ramai yang memuji dan tak kurang pula yang mengeji. Biarlah..apa orang nak kata mana boleh nak ditahan-tahan..masing2 punya persepsi. Dan, pada saya pula, sekurang-kurangya DLCW sudah sehabis daya melawan untuk Gold Medal Match tu..tapi itulah..sudah ditentukan, bukan rezeki dia...tapi tak faham...kenapa masih tak boleh nak terima dan mengerti hukum karma yer.....yg tau mengutuk dan mengeji saja. Cuba lah bezakan antara main secara main-main dengan main dengan sungguh2. Berhempas pulas DLCW main semata-mata untuk memuaskan hati semua rakyat Malaysia, tak terkira peluh menitis semata-mata memikul harapan rakyat Malaysia, namun apakan daya, hanya ada dua kemungkinan dalam sesuatu perlawanan, MENANG atau KALAH. terbaik pasti menang, namun yang kalah tak semestinya lemah. Dan, kecih juga bila baca pasal isu aiskrim percuma? Apa benda tu? Semua mau [ercuma yer. tak yah bising2 lah....pasal tak dapar aiskrim percuma pun nak kecoh.....aduhai people oh people. Nak sangat pi la beli satu tong! Apa pun sekalung TAHNIAH utk DLCW atas pingat Perak yg dimenangi...bukan senang woooo.....ko ado? Dan TAHNIAH juga sebab dengar khabarnya DLCW juga akan menamatkan zaman bujangnya dengan girl friendnya tu....alahai apa namanya dah....secocok! Ok lah tu Datuk LCW, semoga berbahagia, asyik tertekan aje dengan badminton....now time untuk diri sendiri pula....Dan, ada pula orang buat joke dalam bentuk soalan "Kenapa DLCWS kalah? ...." ...yg ni memang Admin nak tergelak lah bila tengok kepada jawapan/respon dari pengguna internet yang lain. Gelihati admin baca, seronok tgk gelagat dia orang ni....admin suka sebab dia orang ni memang agak "naughty" dengan jawapan begitu.... Cerita pasal olimpik ni memang tak abis sebab admin ni memang kaki sukan, suka dan minat sangat2 dengan sukan. sapa yg suka atau minat sukan boleh lah geng dengan admin. Nak cerita pasal apa2 sahaja pasal sukan, admin ON aje. Cuma admin nak highlight kat sini lagi satu yg menarik pada olimpik london 2012 ini adalah dalam acara renang. Admin suka dan tertarik dengan atlet renang dari USA, Missy Franklin (umur baru 17 tahun) tetapi mampi mencipta rekod dunia. wow! Admin dok terbayanglah kalaulah Malaysia mampu melahirkan atlet seperti dia ni, alangkah hebatnya. Bayangkanlah, baru berumur 17 tahun (sekolah tinggi belum abis lagi...) dah pun cipta rekod dunia. tetapi, cuba kita lihat di malaysia, di manakah remaja-remaja kita seusia dia hari ini? sedihkan. bukan mau merendah-rendahkan rakyat kita, cuma terfikir kenapa remaja kita tidak mampu melakukan apa yang mampu dilakukan oleh remaja seperti Missy ni? Apa yang tak kena dengan kita? Renung-renungkan. Dan, suka juga sy nyatakan disini, mostly kebanyakan atlet USA adalah purata umurnya belasan tahun..sekitar 16 & 18 tahun. kan dah cakap, kalau cerita bab sukan memang tak abis. Dan sy penat nak ulas atau bercerita pasal mutu sukan kat negara sendiri. kadangkala putus asa pun ada. Hampir semua persatuan sukan di malaysia ni bermasalah. dari segi integriti dan kemampuan memang tak boleh nak dipercayai. perebutan kuasa, saling tuding-menuding salah sesama sendiri, sudahnya atlet jadi mangsa. Dan, nah lihat hasilnya. LETIHHHHH! Amacam puasa sahabat sekalian? Semoga ibadah puasa anda semua dapat dilaksanakan dengan penuh tawadhuk. Ingat, jangan membazir. Bercakap pasal membazir ni..masyaallah...sy tengok di bazar ramadhan, sampai tak cukup jari nak gantung plastik makanan. selama kita berpuasa 16 hari dah ni, alhamdulillah, sy hanya pergi sekali sahaja bazar ramadhan..lepas tu sampai la ni dah tak pergi dah. sy terfikir lah, maaf lah sy ni pun sempurna pun...macam sahabat juga cuma sy ni jenis tak kuat makan agaknya, jadi tak ade lah beli sakan kat bazar ramadhan. cuma sy tertanya-tanya lah, dari segi tabiat membeli tu seolah-olah sudah tidak esok, makan sampai lebam masa berbuka nanti. masyaallah...kenapa sampai macam tu sekali membeli makanan. bersederhana tu kan lebih baik. ok lah....rasa penat juga menaip panjang2 ni...better sign off dulu..nanti sy sambung lah kalau berkesempatan....terima kasih kerana melayan celoteh admin ni... so, admin ingin memohon maaf andai terkasar bahasa...selamat hari raya aidilfitri... suaraummi




Share your views...

0 Respones to "Macam-macam cerita"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info