Post Sedih.



Entah la ..tak tahu kenapa dalam dua tiga hari ni hati ni rasa sedih sangat dek kerana satu perkara yg betul2 membuat aku terluka. Aku bukan lah jenis yg mudah sedih atau sensitip tapi kali ni lain pulak rasanya.Begitu terluka agaknya...kalau setakat sipi2 terluka tu tak ade lah sampai berlarutan sampai hari ni, ye..sampai time aku menaip posting ni lah...masih lagi dalam mood kesedihan dek perkara ini.

Mungkin kerana ia berlaku pada orang2 yang paling dekat dalam hatiku..ye terdekat dan memang terukir namanya dalam hatiku. So, bila benda berlaku, aku juga terasa pedih dan sakitnya. Tambahan pula ianya dilakukan oleh insan yang juga dekat dihatiku. Lagi tension kan. 

Kenapalah susah sangat nak memahami dan menjadi contoh yang baik untuk insan-insan di sekelilingnya. Susah sangatkah. Itulah orang cakap ego sebenarnya tak membawa kita ke mana-mana pun melainkan ke lembah kehancuran. 

Errmm....sudah beberapa derai air mata pagi ni sebab dah tak tahan sangat...i need a shoulder to cry on sebenarnya ni....huhu.

Rasanya ingin pergi jauh dari sini untuk seketika untuk mencari ketenangan hati dan mengubat luka dihati ni. Kan best waktu ini berada di suatu tempat yang sunyi, sejuk dan mendamaikan.Lupakan seketika perkara yang mengusutkan ini. Bukan untuk lari dari masalah tapi untuk mencari idea bagaimana nak solve semua kekusutan ini. Lagi lama ia begini, dikhuatiri semakin bernanah....kesian pada semua orang.

Kesian korang yer kena baca posting sedih ni. Posting orang terluka. Tak apa lah..sekurang2nya ada juga yg sudi membaca luahan ni. Kalau tak pada siapa lagi aku nak bercerita. Ye, ye...aku tahu...tempat terbaik untuk aku mengadu adalah pada Allah swt. Itu dah pun aku buat......insyaAllah..aku tak lupa semua itu. Cuma sekadar nak meluahkan semua yang terbuku dihati ni. Jangan salah sangka pula.

Lagipun bukan niat aku untuk memburukkan sesiapa dalam hal ini, sebab itu tak ada nya aku nak secara terang-terangan bercerita siapakah individu2 yang aku maksudkan....cukuplah cerita kulitnya saja....sekadar melepaskan ...let go perasaan ini.

Hmm..ntah lah!




Share your views...

0 Respones to "Post Sedih."

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info