Antara dengki dan tamak!!!
Alkisahnya, depan rumahku adalah tanah rizab kerajaan yang telah lama arwah bapa mertuaku tanam pokok pisang untuk mengelakkan dari menjadi hutan belukar didepan rumah. Bukannya sebab apa..sebab orang tua kan..suka bercucuk tanam..berbudi pada tanah. Daripada dibiarkan tanah rizab tu kosong ditumbuhi lalang ada baiknya tanam tanaman yang sedap mata memandang. All this while..selama berpuluh tahun bapa mertuaku jaga kebersihana tanah rizab tu disamping pokok-pokok pisangnya yang telah boleh dituai hasilnya, tiba-tiba ada lah makhluk Allah swt yang tak tahu malu menuntut hak ke atas tanah rizab berkenaan. What? Dia mengaku bahawa tanah rizab yang bapa mertuakku tanam tanaman sejak berpuluh tahun dahulu dikatakan tanah itu adalah tanah rizab milik keluarganya. Apa punya bangang lah...dia yang tinggal nun jauh dihujung kampung..jauh bangat dengan tanah rizab yang didepan rumahku dikatakan milik keluarga mereka. Tak tahu malu betul lah manusia ini. Memang lah dalam hati kami satu family bengang juga. Terfikir juga dihati yang "nakal" ini, mesti depa ni dengki sebab tengok pisang2 yang ditanam tu hidup subur dan hasilnya menakjubkan.
Alahai "setan"...ooopsss..lupa nak bagi tahu..this family yang tak malu menuntut hak ke atas tanah rizab ni sebenarnya sudah pun dipulaukan oleh penduduk kampung. Dan gelaran "setan" tu pun dah sinonim dengan mereka. Maaflah...aku just guna pakai aje. Memang family depa ni tidak diiktiraf lagi kewujudannya dalam kampung. Perangai mereka...malas nak cerita lah...dari curi besi kat ..sampai lah membunuh orang...inilah samseng durjana kampung kami.
Jadi, familyku malas nak gaduh-gaduh berebutkan tanah rizab....kami sekeluarga buat keputusan untuk tebang semua pokok pisang ditanah berkenaan. Ada juga jiran2 yang bertanya kenapa ditebang semua pokok pisang tu......kami hanya diam aje....akhirnya persoalan itu terjawab dengan sendirinya apabila mereka melihat sendiri si "setan" tu sibuk menanam pokok pisang di tanah tersebut. tahulah mereka apa sebabnya...biasalah orang kampung...maka tersebarlah satu lagi perangai buruk si samseng itu keseluruh kampung. Kami pun berkata..biarlah....dah peel dia suka aniaya orang...tunggu lah hari pembalasan....
Tags: Things Under Sun

Share your views...
0 Respones to "Antara dengki dan tamak!!!"
Post a Comment