Orang Politik?
Melihat kepada senario politik negara kita hari ini, saya percaya rakyat rata-rata semakin keliru dan serba salah untuk percaya mana satu parti yang betul-betul dapat membela nasib mereka hari ini dan masa akan datang.
Semakin hari semakin keliru untuk mempercayai setia butir bicara janji-janji yang diberikan. Semua yang saya postkan kat sini adalah dari rasa dan pemerhatian saya sendiri. Apa tidaknya, setiap hari akan ada sekurang-kurangnya satu provokasi antara parti-parti politik. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Saya bukanlah ahli politik pun tetapi nasihat cikgu masa saya Tingkatan 5 dulu, tak semestinya kita mesti menjadi orang politik baru kita boleh bercakap atau ambil tahu pasal politik. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, apa sahaja yang berlaku disekeliling kita kita mesti ambil tahu. Ambil tahu bukan bermaksud kita ni "menyibuk". Jangan bila negara sudah hancur baru kita nak ambil tahu.
Ramai yang salah faham bila saya bercerita pasal politik, kata mereka saya ni orang politik. Bila saya bercakap pasal agama, kata mereka saya ni eloklah jadi ustazah. Itulah orang kita.
Kalau macam tu...oleh kerana saya ni bukan askar atau polis..maka tak payah lah saya nak pertahankan negara...orang-orang berfikiran cetek macam ni lah yang selalu merosakkan dan tidak menghiraukan pahit maung yang dihadapi oleh negara kita. Negara kita dijajah pun, apa mereka peduli..yang penting mereka dapat untung.Sedih sungguh!
Tags: Things Under Sun

Share your views...
0 Respones to "Orang Politik?"
Post a Comment