2010 is around the corner
Hari ni 30 December 2009, tinggal 1 hari aje lagi 2009 akan melabuhkan tirainya. Rasanya baru semalam celebrating a new year 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah pun nak abis tahun 2009. Banyak rasanya lagi yang belum achieve ni. Ish! Apa pun ianya bukanlah such a big deal bagi ummi sebab yang tak tercapai tu memang misi jangka panjang pun yang memerlukan masa lama untuk dicapai. So, tidak menjadi kegusaran lah bagi ummi.
365 hari yang dilalui dalam tahun 2009 ini memang banyak kenangannya. Ada yang manis, ada yang pahit. Dan ada juga yang mencalar hati ini..heheh...jiwangs lah pulak. Dari segi politik negara Malaysia pun, banyak peristiwa-peristiwa yang tak dapat dilupakan. Antara PR dan BN..semuanya sama aje. Ko tuduh aku, aku tuduh ko. Paling memualkan adalah pasal kehilangan enjin jet pejuang...bukan satu tapi dua..senangnya enjin tu lesap, setelah sekian lama baru disedari. Apakah ada agenda politik disebalik kehilangan ini? Wallahuallam. God knows!
Dah dekat hujung tahun ni, maka ramailah yang memasang azam sempena tahun baru. Nak buat itu lah, nak buat inilah. Oklah tu. Up to you guys. Masing-masing punya hal, ummi sibuk apa. Cuma, jangan azam tinggal azam aje lah...hangat-hangat tahi ayam kata oranng. Doa ummi hanya satu aje, semoga dengan kehadiran tahun baru ini, negara kita akan lebih aman dan harmoni tanpa kacau-bilau dan mogok sana, mogok sini, demo sana, demo sini. Di Parlimen pulak, para YB kita tak ada lah saling mencerca antara satu sama lain. Jelak ummi tengok gelagat sesetengah MPs ni di dalam Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat. Gelagat mereka seolah-olah bukan sebagai wakil rakyat, tetapi wakil diri sendiri. Syok sendiri!
Apa lagi nak tulis yer. Harap-harap biznez ummi tahun 2010 ini akan bertambah maju. Dan bertambah kaya haha!
Pasal blog ni, blog ni ummi sebenarnya tak kisah pun rating nya tinggi atau tidak sebab ummi puas dapat menulis kat blog. Berbanding dengan Facebook dan Twitter, ummi masih setia dengan blog. Sebab blogku, rumaku, syurgaku...haha..ummi boleh tulis apa sahaja yang ummi nak tulis, tapi tak de lah sampai nak kondem atau caci maki orang..tak baik tau! Dengan blog ni jugalah ummi cari makan sikit-sikit. Best kan, blogging pun boleh buat duit.
InsyaAllah, ummi dalam proses merangka strategi untuk suatu projek bagi tahun 2010. So..tunggu...rajin-rajinlah datang ke blog ini untuk mengetahui perkembangan projek ummi pada tahun 2010 nanti.
Hmmm..esok anak ummi yang sulung ada orientasi Darjah 1. Seronok sangat tengok dia so excited nak pergi sekolah. Baju semua dah siap bergosok, beg dll... itu lah dia, anak-anak. Mereka seronok, ummi pun bahagia.
Jadi, rasanya setakat ini dulu. jumpa lagi..bye
Tags: Things Under Sun

Share your views...
2 Respones to "2010 is around the corner"
haza, anak akupun orientasi besok... :) ya betul... harapnya azam 2010 tidak sekadar hangat2 tahi ayam... tapi aku curious jugak la... sapa la org dulu2 tu yang rajin gi eksperimen pegang tahi ayam tu hihihi... ;) tapi baguslah tu... evergreen sungguh pepatah dia kan. sampai la ni digunakan...
December 30, 2009 at 1:29 AM
haha...aku rasa bukan dia sengaja pi pegang tahi ayam tu..may be tersungkur atas tahi ayam ttu time winter..then dia boleh rasa la kehangatan tahi ayam tu;)
Post a Comment