PMR Straight A? Fuyo!
Hari ni ummi rasa terpanggil nak berkongsi pandangan tentang keputusan PMR yang baru diumumkan. Jadi, apakala selepas result tu diumumkan, maka akan kelihatan lah yang bersorak gembira, meraung meratapi kegagalan. Calon yang dapat A berderet-deret tu tentunya tersenyum banggo...sengih meleret sampai ke telinga. Tatkala yang kurang A tu, meleleh menangis air mata hampir sebaldi. Adatlah tu, ada yang score ada yang tidak score. Adakah itu takdir? Pasti ada yang merungut, "aku dah habis pulun sebelum exam, bersengkang mata sampai ke dinahari tapi kenapa result teruk". Tak puas hati ..macam-macamlah.
Jadi, dikesempatan ini, ummi nak ucapkan tahniah kepada yang cemerlang, dan kepada yang sedang-sedang saja tu usahlah kecewa, tingkatkan lagi usaha.
Cuma apa yang ummi risaukan sekarang adalah, adakah kecemerlangan akademik tu dapat menjamin moral dan akhlak para remaja kita hari ini. Memang, mereka ni amat cemerlang dalam akademik. Cuma, takut nanti tersasar dari landasan yang sebenar jika kurang diterapkan nilai-nilai murni dalam diri. Jangan hanya dengan mengandaikan anak kita sudah cemerlang dalam akademik maka secara automatik dia orang akan cemerlang juga dalam melayari hidup yang amat memerlukan pertimbangan yang wajar. Apa itu pertimbangan yang wajar? Maksudnya di sini, pertimbangan terhadap pengaruh persekitaran yang banyak buruk dari baiknya. Amat malang sekali jika anak-anak yang amat cemerlang dalam akademik ini tersilap langkah. Jangan sesekali kita andaikan, anak yang cemerlang akademik ini mampu menepis segala dugaan yang datang. Jadi, adalah langkah yang bijak jika kita sedari awal membina benteng yang teguh dan padu dengan menyemai nilai-nilai Islam agar sentiasa menjadi pegangan dalam setiap keputusan.
Kejadian-kejadian melahirkan anak luar nikah yang semakin berleluasa hari ini; yang terlibat itu bukannya dari calang-calang orang, ada yang berpendidikan tinggi, cemerlang dalam akademik, tapi kenapa boleh jadi macam tu? Renung-renungkanlah. Pokok pangkalnya adalah PEGANGAN AGAMA. Kesemua ini terjadi akibat kurangnya pegangan agama yang boleh menjadi benteng kepada godaan nafsu serakah. Bila pegangan agama kuat, perkara-perkara sebegini dapat dielakkan. Tahu mana dosa mana pahala. Tahu hukum hakam. Tahu dimana nilai harga diri.
...hingga jumpa lagi.
Tags: Isu Semasa

Share your views...
0 Respones to "PMR Straight A? Fuyo!"
Post a Comment