Bola : Malaysia vs Vietnam





Bahang makin terasa. Tepat jam 6.00 pm nanti, perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dengan negara tuan rumah Vietnam akan berlangsung. Macam-macam prediction yang dibuat. Ada kata Malaysia akan membenam Vietnam dengan kemenangan 3-1, ada pula 2-0, macam-macam lah. Kadang-kadang nak nak tergelak pun ada bila ramai pulak jadi "nujum pak belalang". Teringat kisah Belalang yang sedang ditayangkan di Astro Ceria...feveret anak saya la tu. Apa=apapun, kita lihatlah nanti apa kesudahannya. Kalah menang biasa lah tu. CUma apa yang saya harapkan adalah persembahan yang terbaik dari sebelum ini. Jangan lagi ada yang "tunjuk taring" kat padang. Tak suka..tak suka..tak suka. Usahlah tunjuk samseng dipadang. Buktikan dengan semangat kesukanan.

Tapi, saya agak kurang sikit dengan team bola sepak malaysia ni.kenapa? sebab depa ni tak konsisten, kejap main OK, kejap main macam budak sekolah, macam tak de training dan tactical strategy langsung. may be that one of the reason malaysia can not go international. Alasan fizikal yang agak kecil berbanding dengan international, saya rasa itu bukan alasannya, sebab ini main bola bukannya nak bergusti kat padang. Sometimes, main bola pun nak kena pakai otak gak. Orang kecik boleh kalahkan orang besar apa. Yang penting strategi bukan emosi!

So, apa-apa hal pun all the best to Malaysia team. Semoga berjaya!




Share your views...

0 Respones to "Bola : Malaysia vs Vietnam"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info