Comment War Contest (CWC)
Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.
Saya amat berbesar hati dengan kunjungan anda ini. Jadi untuk menghargai segala komen/pendapat anda, mulai Januari 2010, saya akan menjalankan satu contest yang diberi nama "Comment War". Ianya terbuka kepada semua warga Malaysia tidak kira peringkat umur.
Konsep peraduan:
- Saya akan membuat posting (tidak tentu masa) berdasarkan topik-topik yang saya kira relevan yang tidak akan sesekali menyentuh sensitiviti sesiapa sahaja.
- Anda hanya perlu memberikan komen/pendapat yang logik yang tidak menyentuh isu-isu sensitif sesiapa sahaja. Komen atau pendapat anda tidak boleh hanya mengandungi ayat-ayat seperti: ooo...ok...no komen, good work...keep it up dan yang setara dengannya.Komen anda sekurang-kurang reflect terhadap topik posting berkenaan dan panjang komen anda sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
- Saya berhak untuk mengabaikan komen anda jika mengandungi unsur-unsur yang tak bersesuaian dengan adat ketimuran budaya kita.
- Setiap komen yang terpilih dan paling banyak bagi setiap topik posting dikira sebagai pemenang.
- Seorang peserta hanya boleh membuat satu komen sahaja bagi setiap posting. Jadi, selalulah berkunjung ke SuaraUmmi untuk memastikan anda menjadi orang pertama yang membuat komen terhadap posting terbaru.
- Setiap komen anda yang diterima bernilai RM0.10
- Jumlah terkumpul minimum RM10.00 akan dibayar terus ke akaun anda jika anda terpilih sebagai pemenang untuk tempoh pertandingan ini.
- Tempoh peraduan adalah bermula dari 1 Januari - 31 Januari 2010.
Sebarang kemusykilan boleh tanya di ruangan komen posting ini.
Tags: Info

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Share your views...
0 Respones to "Comment War Contest (CWC)"
Post a Comment