Maal Hijrah 1431
Assalamualaikum wbt. Rasanya tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1431 kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga dengan tibanya tahun baru Islam ini, kita akan tawadduk dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Apa yang kurang sebelum ini dalam amal ibadah, marilah kita sama-sama beriktikad dalam diri masing-masing untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari yang sebelum.
Andai kata, dulu kita sering melambat-lambatkan solat dengan sengaja tanpa ada sebab yang munasabah, marilah kita sama-sama meninggalkan tabiat lama itu yang terang dan nyata ianya suatu yang tidak sihat. Andaikata kita sering mengabaikan merungut dalam melaksanakan amanah yang diberi, ayuhlah kita ubah perangai itu, niatkan dalam hati, apa yang dilakukan itu adalah kerana Allah swt untuk agama, bangsa dan negara. Semoga kerja-kerja atau tugas-tugas yang dilakukan itu akan dikira sebagai ibadat yang ikhlas dari kita. Semua ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan-kawan blogger semua.
Akhir kata, salam maalhijrah 1431. Semoga hidup kita sentiasa dilandasan yang diredhai Allah swt. Amin!
Tags: Things Under Sun

Share your views...
0 Respones to "Maal Hijrah 1431"
Post a Comment