Blogging untuk kepuasan




Ramai orang tanya, tak jemu ker asyik blogging aje. Saya gelak aje. Senyum..senyum sambil geleng kepala. Lantas saya pun jawab. "Blogging tu kan hobi aku, apa yang nak jemunya". You all mesti ada hobi masing-masing kan. Jadi, adakah anda akan boring dengan hobi anda tu. Lainlah kalau hobi tu anda tukarkan ia menjadi rutin..mesti boring, betul tak? Apa beza hobi dengan rutin? Pulak..tak tahu? betul tak tahu. Hobi tu hanya dilakukan bila anda ada kelapangan. Sebaliknya rutin adalah perkara yang perlu anda lakukan tia-tiap hari.

Sebenarnya, blogging tu bagi saya ni adalah untuk kepuasan saya sendiri. Tak tahu lah orang lain. Disamping untuk kepuasan, blogging pun boleh buat side income juga. Jadi, boring ker duit masuk smabil-sambil blogging..hehe. Dalam zaman sekarang ni, orang blogging lebih kepada untuk menjana pendapatan sampingan diinternet. Rugi besarlah kalau anda masih lagi ditakuk lama, dengan mengatakan blogging itu buang masa dan tak mendatangkan sebarang faedah.

Jangan tak tahu, ramai blogger diluar sana yang sanggup berhenti kerja dengan gaji 4 angka sebulan semata-mata untuk menjadi fulltime blogger. Income mereka..laaagggiiiiii banyak dari gaji mereka 9 to 5 routine dulu. Huh! Apa lagi anda nak kata. Fakta yang tak dapat disangkal blogging ni memang hebat kalau betul caranya. Seriuously, saya memang menyesal sangat-sangat sebab kalau dari dulu saya tahu blogging ni boleh buat duit..isk! Tapi tiada istilah "too late" dalam kamus hidup seorang usahawan, yang penting mesti bertindak sekarang juga.

Sekarang ni, bagai cendawan tumbuh selepas hujan, banyak betul saya tengok blog-blog yang dibina untuk mempromosikan produk-produk diinternet. Sebab apa...pertama; dengan blog kos untuk mempromosikan produk anda amat rendah sekali,in fact tak keluaar satu sen pun. kedua;promosinya boleh ke serata dunia..tanpa sempadan.semua orang boleh tengok rupa betuk produk anda. ketiga; promosi yang cepat dan pantas lagi effective sebab semua orang kebanyakannya mempunyai email. Berita atau info pasla produk tu boleh sampai hanya dalam beberapa saat aje. Keempat; sebenarnya jika anda sudah ada blog promosi produk anda sendiri, anda tidak perlu lagi nak ada premis yang perlu dibayar sewa setiap bulan. Cukuplah dengan rumah anda. Jelas tak betapa besarnya pengaruh blog dalam dunia pemasaran hari ini.

Ok, saya yakin anda juga ada keinginan untuk mempunyai blog sendiri. Jika kurang ilmu, internet umpana gedung ilmu tanpa sempadan, cari aje, pasti dapat. Cuma kemahuan anda aje.




Share your views...

0 Respones to "Blogging untuk kepuasan"

 

© 2010 Suara Ummi All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info