Makin Menjadi-jadi!
Aduyai, dalam sibuk-sibuk orang ramai nak sambut tahun baru 2010, banyak betul berita sedih yang menyayat hati. Hiba hati bila newscaster memulakan berita-berita ni. Apa berita ni.
Pertama : Kemalangan maut.
Kedua : Pembuangan bayi.
Kemalangan maut.
Terlebih dahulu ummi nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan bas Xpress Sani, yang telah meragut 10 nyawa tu. Sedih kaum keluarga bukan kepalang. Ada yang nak balik bertunang, ada yang nak balik tengok result periksa. Aduyai! Hati mana tidak sedih. Tapi apakan daya, ajal & maut kita tak tahu. Maut datang bila-bila saja ..tidak lewat atau cepat walau sesaat. Ummi kadang-kadang terfikir sendirian,perlukah kita menyalahkan driver bas yang terlibat? Dia pun bukannya nak kejadian ini berlaku. Dia mengaku terlelap...then what? salah ker dia sebab terlelap. ummi sendiri pun kadang-kaang hampir terlelap sewaktu memandu. Ummi masih ingat sewaktu drive nak balik kg utk raya dalam bulan Ramadhan, mata ummi memang terbuka sepanjang memandu tu..tetapi tiba-tiba aje ummi rasa kereta tu dah pun makan bahu jalan...seolah-olah ummi memandu dalam mimpi. jadi, ummi tak nak ambik risiko utk teruskan perjalanan, lebih2 lagi penat puasa agaknya. So, ummi just berenti tepi jalan, cuci muka...rehat, took some fresh air,kasi kereta rehat kejap, then baru sambung perjalanan. Tak tahu lah ummi dalam kes bas Sani ni, may be that driver rasa dia boleh bertahan sehingga shift dengan the other driver. Entahlah...
Kedua, Pembuangan bayi. Lagi ummi sedih ni. Luluh hati ummi bila tengok jasad bayi yang cukup sifatnya dicampak, dibuang begitu sahaja macam mereka tu tak dak hak nak hidup kat bumi Tuhan ni. MasyaAllah, mengucap panjang ummi tengok jasab kecil itu. Aduyai manusia, tergamak hangpa buat macam ni no. Hilang sudah perikemanusiaan, nilai kasih sayang. Mana pergi didikan agama kalian? Inilah bahananya bertuhankan nafsu. Entahlah....
Tags: Isu Semasa

Share your views...
1 Respones to "Makin Menjadi-jadi!"
Hmm... dah lama sesak dada tgk berita buang bayi ni. Sama kita tunjukkan keprihatinan. Sokonglah kempen "Anda Bijak Jauhi Zina".
December 28, 2009 at 7:18 PM
Post a Comment